Wednesday 5 August 2015

400 JUTA: KRONI PUNYA PASAL, TUN M TUTUP MATA !!!


Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?

Assalamualaikum Tun Mahathir,



1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.

2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.

4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.

5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.

6. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”

7. Pada 2008 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.

8. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.

9. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.

10. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.

11. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.

12. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.

13. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.

14. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.

15. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.

Amin Yatim
Petaling Jaya
5 Ogos 2015.

5 comments:

  1. Hidup TUN! kroni TUN semua kena bayar cukai.Anak tiri dewa kamu ada bayar ke???

    ReplyDelete
  2. Bodoh betul la penulis ni.. kalau dah nama akaun trustee mesti nak sign mesti 2-3 org.. dan MT tahu kewujudan akaun tersebut.. ini kenapa semua MT termasuk Timbalan Presiden tak tahu??

    ReplyDelete
  3. Amin Yatim apa yang kamu merepek dan mengarut ni? Tulis lah artikel yang baik2,jangan hanya hentam orang aje.Busuk2 Tun M banyak jasa beliau kepada Malaysia dan rakyatnya yang kita tak mampu membalasnya.Kau apa ada?merapu macam orang gila adalah.Aku cadangkankan kau beli satu cermin yang besar dan tengok muka engkau dalam cermin lama2.Agaknya kau boleh tak menandingi kehebatan Tun M.Toksah kata Tun M ,bontot aku pun kau tak boleh tanding.

    ReplyDelete
  4. Mahathir mesti disiasat dan didakwa dan dipenjarakan kerana salahguna kuasanya yang tidak terhitung semasa pemerintahannya. Percayalah PM najib. Ini sebenarnya adalah satu tindakan strategik. Kalau tidak orang akan menganggap semua yang dikatakannya betul kerana dia tidak pernah dibuktikan bersalah.

    ReplyDelete
  5. Sudah nampak tembelang Muhyiddin. Selepas menhadiri parti harijadi ala James Bond Mahathir yang disponsor oleh Vincent Tan, Muhyiddin kemudian membuat kenyataan keras berkaitan 1MDB. Mahathir pula mengucapkan selamat bersara kepada Najib. Nampak tembelang sebagai pengkhianat bertujuan untuk merampas kuasa. Muhyiddin dan Mahathir tahu pasal duit 2.6 billion itu dari dulu lagi tapi kenapa sekarang baru melompat. Mereka boleh merancang tapi Allah is the greatest planner.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??