Wednesday, 19 August 2015

MEDIA PEMBANGKANG BANTU KAKI FITNAH YANG KEMARUK DUIT !!!


Aku tidak ler kenal si Mazlan Aliman ini, aku kenal dia ni pun sebab kes-kes dia kat Mahkamah.

Yang paling kelakar sekali, aku kenal makhluk ni pun sebab namanya paling banyak disebut di media sosial sebagai kaki fitnah yang punya rekod kalah saman fitnah berkali-kali.



Terbaru ni, namanya aku dengar lagi berkaitan kes antara malaun ni, Wan Zawawi dan Anuar Manap (MP Sekijang).

Dari apa yang aku tahu lah yer, media yang dimaksudkan tu adalah Harakah dan dalam isu ni pula Malaun ni tuntut RM50 ribu.

Haihh... kemaruk duit betul si bingai Mazlan ni. Kes tak habis apa barang lu jatuh hukum dol...!

Berita penuh tu korang baca la sendiri ye..

Ahli Parlimen Sekijang merangkap Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Anuar Abd Manap, hari ini mempertikaikan tindakan terdesak segelintir pihak berkepentingan yang mempolemikkan kes mahkamah yang melibatkan beliau, Presiden Pertubuhan Anak FELDA (ANAK) – Mazlan Aliman dan Wan Zawawi.

Anuar tampil memberikan kenyataan rasmi apabila terdapat poster dan kenyataan yang disebarluas (viral) di laman media sosial berkaitan kes sivil tersebut.

Kes sivil antara Anuar Abd Manap, Mazlan Aliman dan Wan Zawawi sedang berlangsung dan masih dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Saya mengambil ketetapan untuk mengeluarkan kenyataan setelah terdapat kenyataan negatif di media sosial berkaitan isu ini yang seolah-olah meletakkan saya sebagai defendan, telah disabitkan bersalah dan bertujuan menghina kredibiliti saya dengan mempersoalkan kewajaran kes ini dibicarakan,” ujar Anuar kepada FeldaVoice.

“Kes masih lagi berjalan dan bila ada pihak yang keluarkan kenyataan negatif dan tidak bertanggungjawab, ianya dilihat seolah-olah tindakan terdesak oleh pihak berkepentingan untuk menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan,” tambah beliau.

“Dalam kes ini Mazlan menuntut kepada pihak kami membayar RM50,000, walhal dia (Mazlan) yang telah melanggar terma perjanjian.”

“Sepatutnya kenyataan kepada media mestilah tidak memihak tetapi, apa yang terjadi sekarang ini berbagai kenyataan yang dikeluarkan media terutama media pro-pembangkang yang berat sebelah,” katanya.

[ SUMBER ]


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??