Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dijangka hadir sebentar lagi bagi merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Sembilan finalis yang telah berjaya mara ke Pusingan Akhir ini akan berpidato di hadapan Perdana Menteri dan semua tetamu.
Finalis dalam kategori antarabangsa adalah Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya dari China; Hatsune Yanai dari Jepun dan Megan Rose Donnelly dari Amerika Syarikat.
Kategori pelajar antarabangsa di Malaysia ialah Nasear Slayman (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Abdalla Hassan Ghorib (Universiti Malaysia Sarawak) dan Anas Muhammad Husain Kassim (Universiti Malaysia Pahang).
Manakala kategori alam Melayu atau Nusantara adalah peserta tuan rumah, Muhammad Haziq Jamaludin dan Irfan Mohammad Fairus selain peserta dari Thailand iaitu Mohammad Sa’mae.
Bagi yang tidak dapat hadir ke PICC, boleh menonton secara langsung di RTM 2 jam 9 malam ini. - FELDAVoice
No comments:
Post a Comment