Saturday 5 November 2016

KENAPA ZAMAN MAHATHIR BOLEH SUBSIDI, ZAMAN NAJIB TAK BOLEH???


KEBELAKANGAN ini, isu berkaitan subsidi menjadi topik perdebatan hangat di media sosial apabila Kerajaan melakukan penyelarasan subsidi bagi minyak masak sawit yang mula berkuatkuasa pada 1hb November 2016 yang mana hanya minyak masak sawit paket saiz 1 kilogram (1kg) sahaja yang masih disubsidi manakala minyak masak sawit yang dibotolkan dijual pada harga pasaran.



Dalam masa sama penguatkuasaan harga baharu minyak masak sawit, harga bahan api juga turut naik 15 sen mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini menimbulkan polemik di media sosial hingga terdapat pihak-pihak yang anti Kerajaan mempertikaikan tindakan penyelarasan subsidi ini.

Disini saya kongsikan pendapat seorang pengguna media sosial (Facebook) berkaitan isu subsidi ini:

Secara asasnya, subsidi adalah untuk pihak yang memerlukan dan bukannya kepada peniaga.

Kerajaan telah memberi subsidi secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

BR1M bukan bertujuan menggantikan pendapatan atau mengkayakan anda, tetapi untuk membantu meringankan perbelanjaan kumpulan berpendapatan rendah yang terjejas akibat rasionalisasi subsidi.

Dengan kata lain, BR1M ialah subsidi secara langsung kepada rakyat berbanding kaedah dahulu yang memberi kepada peniaga tetapi inflasi tetap berlaku.

Memang benar kerajaan kutip GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

Tetapi kos pengurusan kerajaan juga meningkat dengan drastik. Misalnya jumlah sekolah, IPTA, hospital, klinik dan jalan raya, meningkat berkali ganda berbanding tahun 1990-an.

Semua ini harus diurus dan dibiayai oleh kerajaan. Kos perubatan juga telah meningkat dengan tinggi dan kerajaan perlu memastikan ini diutamakan.

Adakah anda mahu mengatakan bahawa subsidi minyak masak, petrol dan gas lebih penting dari perkhidmatan kesihatan murah dan percuma?

Penyokong Tun Mahathir yang banyak mempertikaikan hal “subsidi dahulu boleh, sekarang tidak boleh” ini, mohon jelas akan tiga perkara.

Pertama, banyak perjanjian tol yang dibuat pada zaman Mahathir dirangka dengan kenaikan setiap 3 tahun dalam jumlah yang tidak masuk akal.

Apabila kerajaan tidak membenarkan kenaikan atau hanya benarkan kenaikan minima, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat tol. Ini menelan berbilion ringgit wang kerajaan.

Kedua, Kerajaan perlu membayar sekitar RM1.5 bilion kepada Petronas setiap tahun kerana menyewa Putrajaya.

Ya! Putrajaya yang dibina oleh Mahathir itu ialah secara berhutang, bukannya menggunakan wang kerajaan semasa itu.

Ketiga, Kerajaan juga perlu membayar banyak projek-projek pembangunan yang dibuat pada masa lalu secara PFI.

Ambil perhatian, saya tidak kata cara Mahathir itu salah. Beliau mahu mempercepatkan pembangunan negara maka pembangunan oleh swasta perlu dilakukan.


Cuma saya minta penyokong Mahathir jangan ‘berlagak suci’ seolah-olah Kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Sri Najib Razak gagal, sedangkan banyak isu sekarang timbul akibat pembangunan lampau dan perjanjian yang memberi akibat kepada kerajaan hari ini.

[ SUMBER ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??