Monday, 7 November 2016

KPDNKK TAK TIPU, PAGI-PAGI PEGAWAI CALL LEPAS LAPOR DI EZ ADU !!!


Semalam ternampak satu komen di FB berbunyi, "Alangkah baiknya kalau ada aplikasi untuk buat aduan kalau kedai sorok minyak, senanglah sikit."



Maka aku pun merajinkan diri mengoogle dan semak di playstore ada ke tak apps semacam itu.

Dan mengejutkan, rupa-rupanya ada! Nama apps tersebut adalah Ez Adu KPDNKK.

Pandang pertama, aku agak skeptikal melihatkan review di bawah 4* dan jumlah download yang lebih sikit je dari 5K download.

Walhal rakyat Malaysia kan jumlahnya lebih dari 32juta manusia.

Pendekkan cerita, aku download dan aku dapati not bad juga aplikasi ni sebab ada 'geo tag' dan image uploading dia working and smooth, aku isi apa yang patut dan tekan hantar.

Memang vague abis aku isi.. aku cuma tulis: 'sorok minyak'.. haha

Sebab dalam otak masih skeptikal, ada tindakan ke tak ni?

Almaklumlah.. aplikasi gomen.. *iskk teruknya aku.

Rupa rupanya, sangkaan aku meleset 360°.

Tadi pagi, pukul 8.17 am, Pn Nazimah, pegawai KPDNKK call aku dan bertanya mengenai report aku sebab dia kata terlampau general kena bagitau spesifik sebab dia nak hantar team dia ke Cheras.

'Ah punggah.. aku test je ni..'

Nak taknak aku mengaku je, aku hanya test aplikasi tu nak tengok function atau tidak.

Aku juga telah mintak maaf kalau 'test' aku ini telah menyusahkan beliau dan mengucapkan tahniah diatas usebility apps ini.

Nasib dia tak mengamuk. Haha.

Pn Nazimah juga pesan kat aku, "Cik jangan test test lagi ya, sekarang kalau siapa report pasal sorok minyak, kami highlight as high priority, sebab dah jadi isu negara kan sekarang ni, jadi kalau ada laporan akan masuk sistem as merah ni".

Ha so apa korang tunggu lagi?? Jom report ramai ramai. Jangan meroyan tapi no action..

Aku tak pernah nak suruh orang SHARE status aku, tapi kali ni aku mohon di SHARE beramai ramai supaya rakyat Malaysia boleh report peniaga keparat yang suka sorok/naikkan harga minyak secara berjemaah.

Daripada kita mengamuk di balik papan kekunci seolah olah melemparkan pancing tak berumpan, at least bahagian kita dah lepas.

Urusan pelaksanaan atau tidak, kalau pihak penguasa tak jalankan itu antara dia dengan Tuhan.

Let's do our part, Download and Report!

Semoga Bermanfaat.

P/s: Boleh rujuk gambar-gambar untuk langkah-langkah buat laporan menggunakan aplikasi Ez Adu.













[ SUMBER ]


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??