Wednesday, 16 November 2016

HARGA LPG NAIK - KPDNKK BUAT REPORT POLIS !!!


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat laporan polis berhubung dakwaan di media sosial mengenai harga gas petroleum cecair (LPG) meningkat.



Laporan dibuat di ibu pejabat polis daerah Putrajaya pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa maklumat berkenaan tidak benar.

“Laporan-laporan yang menjadi viral itu telah mengelirukan dan mengakibatkan kemarahan orang ramai,” katanya pada Rabu.

Hamzah memberi jaminan bahawa harga LPG yang dijual pada RM26.60 untuk silinder 14 kilogram tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Sejak awal bulan ini, media sosial kecoh dengan laporan mendakwa harga LPG akan dinaikan pada 2017. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??