Thursday, 10 November 2016

KECOH PASAL MINYAK MASAK MACAMLAH TOGOK MINYAK HARI-HARI !!!


Isu minyak masak sawit kembali diperkatakan dengan gambar-gambar minyak masak di rak pasaraya beserta harga baru telah disebarkan seminggu ini, menerusi media sosial bertujuan membangkitkan kemarahan ramai.



Keadaan ini telah mengundang kecaman kononnya kerajaan sangat teruk dan tidak mempedulikan kebajikan masyarakat apabila melaksanakan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Sawit, yang menyaksikan harga minyak masak bersubsidi bagi peket satu kilogram (kg) kekal pada harga RM2.50. 

Hakikatnya secara purata seisi keluarga menggunakan tidak sampai 5 kilogram minyak pun sebulan namun kekecohan akibat penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak itu seolah-olah minyak masak ini sama seperti air mineral atau minyak petrol, yang perlu diisi setiap hari.

Jadi pilihan kini ditangan kita, apakah langkah yang perlu diambil jika kita merasakan kenaikan itu menganggu seluruh kehidupan.

Jika ingin lebih menjimatkan, beli sahaja minyak peket satu kilogram itu. 

Harga lima minyak peket itu hanyalah RM12.50 (RM2.50 x 5), lebih murah daripada minyak dalam botol jenama Saji, yang dijual pada harga RM13.35 bagi kuantiti yang sama sebelum penstrukturan itu dilaksanakan.

Malah jika minyak berkenaan dijual pada harga baru iaitu kira-kira RM21.50, pengguna hanya membayar tambah RM8.15 sahaja sebulan.

Harga minyak masak ini walaupun ditentukan oleh harga pasaran, ia masih dalam kawalan dan kerajaan juga berjanji jika harga di pasaran tidak munasabah maka ia akan memulangkan balik subsidi untuk minyak masak.

Walaupun ramai yang mengeluh kononnya harga minyak masak kini menjadi mahal, namun ia jauh lebih murah dari negara jiran. 

Sekurang-kurangnya dengan melaksanakan penstukturan semula harga minyak masak ini, kita dapat membendung kegiatan penyeludupan.

Bayangkan harga minyak masak peket satu kilogram yang diseludup di luar negara dijual pada harga RM4.00. 

Tentu kita boleh mengira berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh penyeludup ini.

Akibat kegiatan penyelewengan ini, kerajaan terpaksa membayar penggunaan bagi 85,000 tan metrik minyak masak berbanding sepatutnya hanya 40,000 tan metrik dalam tempoh sebulan.

Justeru jadilah pengguna yang bijak, bukan hanya pandai menulis perkara buruk dalam media sosial sahaja.

Apa yang menjadi masalah ialah netizen yang suka mengeluh ini, kebanyakan mereka bukannya menggunakan minyak masak berkenaan pun.

Banyak yang menggunakan minyak masak lain seperti minyak bunga matahari atau zaitun atau kelapa yang jauh lebih mahal daripada minyak kelapa sawit ini. 

Mereka juga bukannya membeli pun minyak peket satu kilogram ini tetapi cara mereka kecoh, mengalahkan golongan sasar yang menggunakan minyak berkenaan.

Padahal ketika iPhone 7 mula dijual di pasaran, sanggup pula beratur panjang sampai sanggup menunggu di depan kedai walaupun jam baru pukul 5 pagi yang sekali gus menunjukkan banyak duit, tetapi bila subsidi minyak distrukturkan semula, bising sampai tak ingat dunia, seolah-olah mereka telan minyak masak macam minum air.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??