Wednesday 12 October 2011

APA AKAN TERJADI DI SEGAMAT MALAM NI ???

Ingat lagi tak pada posting 9/10/2011 dengan tajuk "LIM GUAN ENG DIHARAMKAN MENJEJAK / MELINTASI JOHOR ?????" 



Pada 9/10/11, di Dataran Segamat telah berlaku satu himpunan yang dipanggil Himpunan Aman Melayu Muda Johor. Himpunan ini diadakan bagi mendesak Lim Guan Eng merafak sembah memohon ampun kepada Sultan Johor dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Johor. Selagi itu, Lim Guan Eng diharamkan untuk memijak kaki atau melintasi tanah Negeri Johor dan kawasan jajahan takluk Negeri Johor.

Hari ini Lim Guan Eng berada di Segamat. Sekarang ini sudah berada di bumi Johor iaitu di Segamat !!!!!!! Dengarnya, ramai yang menanti kedatangan Lim Guan Eng dari petang tadi. Bukan sahaja DAP Segamat malah anak-anak muda johor juga.

Harap tak ada insiden tak diingini yang akan terjadi. Presiden US kena baling ngan kasut. Jangan pulak sekejap lagi ada lak yang baling kasut kat Lim Guan Eng atau aksi-aksi main air liur dan meludah-ludah kepada Lim Guan Eng..! Harap bawak bertenang. (Info terbaru yang penulis baru dapat baru sat tadi ada kecoh..????)

psssttt... orang tua-tua cakap : Musuh jangan dicari... Rezeki jangan ditolak... hahahahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??