Friday 23 March 2012

HANYA 8 DARI 112,635 PENEROKA FELDA BUAT COURT INJUNCTION !!! ADA YANG TIDAK KENA NI !!!

PAS Takut Peneroka Untung, Takut BN Semakin Kukuh di Felda


Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka. 

 Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan. 

 Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri. 

Kelmarin Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan. 

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang. 

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM). 

Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang. 

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF). 

Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu. Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula. 

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini? Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF. 

Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang. 

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.

Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali. 

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti. 

Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja. 

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini. 

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??