Thursday 19 July 2012

SALAM RAMADHAN....


  Assalammualaikum,menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba maka akan bermulalah ibadah Puasa bagi seluruh umat Islam.Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.



Kelebihan berpuasa dibulan Ramadhan...


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a,Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 'ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang padamu bulan yang penuh berkat,diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan di belenggu(diikat). Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi sesiapa yang tidak beramal baik didalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan dibulan lain seperti dibulan ini..
(Hadis riwayat:Bukhari,Muslin,Nasai'e,Ahmad dan Baihaqi..)


Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi..)


Dari Sahal bin Sa'ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda:"Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut 'Rayyaan'. Pada hari Kiamat dikatakan;Dimana kah orang yang berpuasa?(untuk masuk jannah melalui pintu itu).jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)


Dari Abdullah bin Amru,bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: "Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba dihari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari,maka berilah aku hak untuk meminta syafaat baginya. Dan berkata pula Al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya..Maka keduanya diberi hak untuk meminta syafaat".
(Hadis riwayat Ahmad)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: "Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : ” sesungguhnya saya sedang puasa” . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya.
(Hadis riwayat Al-Bukhary dan Muslim)


Hadis-hadis diatas menceritakan mengenai kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga merupakan penghulu segala bulan kerana pada bulan inilah Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Disamping itu dalam bulan Ramadhan terdapatnya malam "Lailatul-Qadr". Malam 'Lailatul-Qadr' mempuyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun).


Bulan Ramadhan juga merupakan bulan membaca al-Quran, bulan mengeluarkan zakat fitrah, bulan memakmurkan masjid, bulan taubat kepada Allah, bulan islah antara sesama kaum muslimin, bulan silaturrahim, menolong mereka yang memerlukan, bulan menjaga lisan dan perbuatan, bulan pembaharuan dan pengukuhan iman, serta bulan penyucian hati dan akal fikiran.

Ramadhan ibarat sebuah madrasah atau sekolah yang ditentukan oleh Allah untuk mentarbiyah, melatih dan mendidik umat Islam agar dapat melahirkan insan bertakwa yang patuh tunduk kepada suruhan dan laranganNya. Bulan yang disediakan di dalamnya pelbagai bekalan untuk diambil sebanyak mungkin oleh para hambaNya yang beriman buat bekalan perjalanan di masa hadapan. Bulan unutk menyucikan diri dari kekotoran dosa dan memperbaharui diri dengan keimanan yang lebih kental guna menghadapi pelbagai ujian yang mendatang dalam bulan-bulan seterusnya. Beruntunglah jika kita dapat menggunakan kesempatan yang bakal tiba dengan sebaik-baiknya dan rugilah mereka yang mengabaikannya. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.



Sumber : telukintan4love.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??