Tuesday, 3 July 2012

AZAN SAMPAH CUMA LAKU PADA MAK LAMPIR JE !!!


Agak tersentak la juga bila baca akhbar kelmarin mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti. 

Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Aku ni bukannya tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran aku jadi blur kejap bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail. 

Jarang sekali dengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia ??? 

Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti. 

Aku buat ulang tanyang sikit, "BERKUALITI".. ikut kata si Azan ni la.

So, aku tertanya-tanya la jugak macam mana pula aku tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti ??? 

Kerana tidak puas hati, aku pun jumpa ustaz Google dan buat carian nama Azan di internet. 

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila dia telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi. 

Lalu, aku pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis. 

Berita lain mengenai Azan, aku dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya. 

Suka untuk aku memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini: “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen…” 

Marah benar rakyat kawasannya terhadap malaun ni sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar yang mana malas pula untuk aku petikkan kembali di sini. 

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah dia telah ditolak oleh partinya sendiri. 

Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa akan mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Alasan yang diberi ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’ ?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti ??? 

Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan ??? 

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali. 

Sikit lah aku nak pesan ni, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti. 

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir. 

So, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja. 

Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??