Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan: SITI NURHALIZA JADI MANGSA KEMPEN DAP !!!



PENULIS tidak tahu apa hala tuju kempen DAP mahupun calonnya Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan P076 ini.



Tidak juga diketahui apakah mereka ini benar-benar mahu menang atau mahu kalah, sekadar main-main dalam PRK ini.

Cuba duduk sebentar dan ambil masa seketika untuk renungkan kembali dari saat kematiaan Seah Leong Peng sehingga hari ini, hari terakhir sebelum tempoh bertenang untuk mengundi esok hari.

Calon DAP ini, Dyana telah berkali-kali ‘kantoi’ dengan media tentang penipuan demi penipuan dihidangkan kepada warga Teluk Intan yang menjadi pengundi berdaftar di sini.

Bermula dengan kariernya, kenyataan-kenyataannya, pembabitan ibunya dalam UMNO dan juga Perkasa, dan pelbagai lagi kontroversi termasuk yang melibatkan ideologi sesama pakatan pembangkang.

Tidak cukup dengan calonnya, jentera mayanya yang dikenali sebagai “Red Bean Army” (RBA) turut tidak kurang hebatnya dalam membuat penipuan dan fitnah.

Jika sebelum ini, sekeping gambar yang diceduk dari portal feldavoice.com berkaitan kebakaran kilang menjadi bahan fitnah sebaran di media sosial dengan menuduh Pemuda UMNO membakar bilik gerakan DAP Changkat Jong.

Terbaru, keterdesakan mereka terserlah apabila menyelewengkan gambar Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang berpakaian askar wataniah.


Ini berikutan sebaran tentang kenyataan Dyana yang mahu membuka penyertaan askar wataniah kepada bangsa bukan Melayu.

Justeru, pemain media sosial pro pembangkang telah menyebarkan gambar Datuk Siti dan mendakwa bahawa wanita didalam gambar tersebut adalah Dyana yang menyertai askar wataniah.

Amat geli hati penulis melihat gelagat pemain media sosial pro pembangkang yang amat terdesak di saat akhir kempen PRK Teluk Intan.

Jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan rupa paras Datuk Siti dengan calon DAP ini.

Sekilas melihat gambar berkenaan, kanak-kanak tadika pun boleh mengecam gambar berkenaan adalah Datuk Siti.

Malah tag nama ‘SITI’ juga boleh dilihat dengan sangat jelas dari gambar berknaan walaupun dari sudut pandang sisi, tidak tahulah pula jika Dyana mempunyai nama Siti.

Penulis rasa, jika kempen PRK Teluk Intan ini lebih panjang, mungkin Dyana akan membuat penipuan baru dan mengatakan bahawa namanya ‘Siti’ !

Ianya amat tidak mustahil jika dilihat dari rekod penipuan Dyana yang telah pun didedahkan oleh pihak media dan pelayar media sosial.

Kenapa DAP perlu menggunakan strategi kempen “Fitnah & Tipu” ini?

Jelas sungguh DAP amat tidak yakin untuk menang, mungkin ini kerana faktor ‘test market’ DAP dalam PRK kali ini yang menyebabkan DAP sedikit hilang keyakinan.

Maklum sahajalah, calon DAP di Parlimen Teluk Intan adalah Melayu bukan anak tempatan dan berdepan pula dengan Datuk Mah Siew Keong, ‘bangsawan Cina’ yang mewakili BN yang merupakan anak jati Teluk Intan.

Sama-sama kita lihat keputusan PRK esok, apakah warga Teluk Intan ini memang suka ditipu atau membenci penipu!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??