Tuesday 13 May 2014

TERKINI TERENGGANU: 6 ADUN KELUAR UMNO JADI YB BEBAS !!! PILIHANRAYA NEGERI BAKAL BERLAKU ?!!


Krisis politik di Terengganu nampaknya telah pun sampai ke kemuncaknya!

Selepas penyingkiran ADUN Kijal yang juga Menteri Besar (bekas - sehingga malam semalam), YB Datuk Seri Ahmad Said, Perdana Menteri mengumumkan perlantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.



Berikutan itu, Ahmad Said mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas malam semalam.


Malam yang sama, ADUN Ajil, YB Ghazali juga turut keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Pagi ini pula, politik Terengganu bergoncang lagi apabila ADUN Bukit Besi, YB Roslee Daud juga turut keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Maklumat tidak rasmi yang aku baru dapat ini pula menyatakan terdapat 3 lagi ADUN BN di Terengganu yang telah keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka adalah ADUN Permaisuri, YB Dato Mat Jidin; ADUN Kemasik, YB Ir Rosli dan ADUN Hulu Besut, YB Nawi.

Dengan ini, jumlah kerusi terkini DUN di Terengganu adalah PAS-14, BN-11, Bebas-6 dan PKR-1.

Aku juga dimaklumkan bahawa terdapat kemungkinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri di Terengganu dalam masa yang terdekat selepas MB baru, YAB Dato Ahmad Razif mendapat perkenan Tuanku Sultan Terengganu ekoran 6 orang wakil rakyat UMNO bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dengan ini, Pilihanraya bagi Negeri Terengganu adalah satu yang tidak mustahil untuk berlaku dalam masa terdekat ini !!!



2 comments:

  1. TAHNIAH. kuburkan umno tanpa nisan di Terangganu

    ReplyDelete
  2. Yahoo , PAS ambil alih !!!! Boleh laksana Hudud.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??