Thursday 28 May 2015

@NajibRazak SAMBUNG JAWAPANNYA KEPADA MAHATHIR !!!


Sebelum ini, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menjelaskan 13 perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang dan juga mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Berkaitan 13 jawapan tersebut boleh dibaca DISINI

Semalam, Perdana Menteri telah menyambung jawapan kepada 2 lagi isu. Berikut jawapan beliau;


14. Kritikan terhadap GST

a.) Saya faham bahawa beberapa kebimbangan telah dinyatakan di sekitar pengenalan GST. Walau bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia, walaupun ia boleh kelihatan sukar pada masa itu.

b.) Pada masa ini, hanya 1 dalam 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi, dan ia adalah penting untuk kita memperluaskan asas cukai kita untuk kebaikan jangka panjang ekonomi

c.) Tambahan pula, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa 23% daripada hasil kerajaan pada masa ini adalah dari minyak dan gas. Seperti yang kita lihat daripada kejatuhan mendadak harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan berdasarkan aliran pendapatan ini sahaja. Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

d.) Pengenalan GST akan membantu kita membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih mampan dan telus: ia akan membantu mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur di masa hadapan, dan membantu memacu ke hadapan pembangunan negara kita.

e.) Malangnya, beberapa ahli politik telah menyerang perlaksanaan GST dengan menggambarkan seolah-olah ianya satu langkah luar biasa dan tidak diperlukan oleh negara bersaiz seperti Malaysia, daripada mencari maklumat untuk memahami rasional ekonomi dan faedah jangka panjang kepada rakyat.

f.) Walau bagaimanapun, GST bukan satu fenomena baru. Lebih daripada 160 negara telah pun melaksanakan ini dan di ASEAN, kejiranan kita, kita adalah negara ke-8 yang memperkenalkan cukai ini. Tambahan pula, kadar 6% yang dilaksanakan di Malaysia sebenarnya adalah yang paling rendah di dunia. Sebaliknya; Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia mempunyai kadar GST sebanyak 10%.

g.) Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa peniaga, sama ada kecil atau besar, yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan daripada pengenalan GST dengan menaikkan harga melebihi kadar 6%. Tindakan mereka ini benar-benar tidak boleh diterima.

h.) Saya telah mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk memastikan bahawa sebarang kenaikan yang dikenakan oleh pekedai dan pemilik perniagaan adalah selaras dengan kadar GST 6%, dan sebarang penyalahgunaan sistem ini yang memberikan kesan negatif kepada pengguna akan dikenakan tindakan.

15. Tuduhan Tun Mahathir

a.) Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan akan terus menangani kebimbangan yang munasabah dan memberikan maklum balas.

b.) Kita mesti juga sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari kita yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, saya tahu ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membiarkan generasi akan datang mentadbir negara, dan ini termasuk mengatasi masalah dan cabaran kepada kita sendiri.

c.) Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Saya telah dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka. Oleh itu, saya telah diamanahkan mandat oleh mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat dapat menggunakan hak demokratik mereka melalui peti undi.

d.) Tambahan pula, kebnyakan kritikan Tun adalah tidak adil atau mengelirukan:
i.) Beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya meluaskan asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Pendapatan akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, idea itu diilhamkan semasa pentadbiran beliau. 
ii.) Tun telah menyebarkan khabar angin yang berniat jahat diperoleh dari pembangkang mengenai isteri saya dan keluarga. Sebagai contoh, dalam satu ucapan beliau baru-baru ini di Ipoh, beliau memetik satu kenyataan palsu yang pernah dijaja pembangkang melalui penggunaan artikel Utusan yang telah dipalsukan. Juga, beliau turut mengulangi tuduhan palsu yang dimulakan oleh pembangkang pada masa pilihan raya umum lepas berkaitan isteri saya memiliki cincin RM24 juta. Ini satu pembohongan, dan syarikat pemilik cincin tersebut telah menjelaskan secara terperinci dan bahawa cincin tersebut tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Adalah amat dikesali apabila seorang negarawan seperti Tun menyampaikan fitnah kepada rakyat. 
iii.) Beliau juga menyambung fitnah dari pembangkang berkaitan peningkatan pembelian dalam penggantian jet kerajaan, dengan mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet tersebut dan menuduh saya pendusta. Tetapi sekali lagi ini adalah palsu – Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP yang pertama menggunakan pesawat yang baru tiba untuk lawatan ke Langkawi, dan akan terus berbuat demikian. 
iv.) Tun telah menggunakan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang saya. Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidak di tahap seperti yang didakwa. Malah, beberapa tuduhan yang telah dibuat tidak mempunyai asas dalam realiti, sebagai contoh Tun mendakwa bahawa saya bertanggungjawab untuk kerugian sebanyak RM42 bilion pada kunci kira-kira 1MDB. Fakta berkaitan ini telah dengan sengaja diputar belit sedangkan 1MDB tidak mengalami kerugian sejumlah itu. Itu adalah jumlah hutang 1MDB; hutang yang jauh lebih rendah daripada aset syarikat sebanyak RM51 bilion, 1MDB telah diaudit dan disahkan oleh Deloitte. Kebanyakan syarikat-syarikat besar di seluruh dunia mempunyai hutang, tiada apa-apa yang luar biasa tentang perkara ini. Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu 1MDB, tetapi lebih dari itu – saya telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit keatas 1MDB, keputusan audit tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) yang dianggotai oleh kedua-dua parti (BN dan pembangkang). Ini bagi memastikan proses siasatan 1MDB adalah telus, dan semua persoalan berkaitan syarikat itu bakal terjawab secara bebas oleh badan-badan yang sah selain daripada sumber yang bermotifkan politik. 
v.) Tun sering mendakwa bahawa beliau melakukan sesuatu berdasarkan apa yang orang beritahu apabila mereka datang untuk berjumpa dengannya. Bagaimanapun, beliau perlu menyemak sama ada khabar angin dan tuntutan tersebut mempunyai bukti dan kebenaran sebelum menyuarakan dan menyiarkannya. Beliau lebih arif bahawa banyak dakwaan telah dibuat mengenai apa yang berlaku di bawah pentadbiran beliau sebelum ini. Dan selalunya jawapan Tun adalah: “Di mana bukti?” Beliau harus menggunakan pendekatan yang sama dengan apa yang didengar. 
vi.) Walaupun banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, semua kemajuan negara dan BN yang telah dilaksanakan sedang dinafikan gara-gara tuduhan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang. Kebanyakan daripada apa yang Tun telah perkatakan tidak mempunyai objektif dan sememangnya perkara yang tidak benar. Soalan ini perlu ditanyakan – apakah motif Tun dalam memilih masa ini untuk memanjangkan fitnah yang dihasilkan oleh pembangkang yang dahulunya beliau dakwa sebagai pembohong? 
vii.) Sepanjang 22 tahun berkuasa, Tun sentiasa bertegas untuk anggota parti menyokong kepimpinannya, terutamanya pada masa yang mencabar. Kami telah melakukan seperti diminta, dan saya menyokong kepimpinan beliau sepenuhnya ketika itu. Saya berbuat demikian kerana saya percaya, sepertimana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah pra-syarat kepada setiap perkara yang ingin dicapai untuk negara. Sebahagian besar ahli-ahli UMNO masih mengakui bahawa kesetiaan sebenar bermakna bekerja bersama-sama untuk membina parti untuk kebaikan rakyat. Adalah salah untuk Tun dan mana-mana anggota parti untuk melemahkan kepimpinan parti hari ini hanya kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti itu adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu. 
viii.) Saya telah dipilih secara demokratik oleh kedua-dua parti dan rakyat, dan, sepertimana mandat yang telah diamanahkan, saya akan menyempurnakan tempoh perkhidmatan saya sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, transformasi kerajaan dan politik, yang akan memanfaatkan kepada semua rakyat Malaysia.
Terjemahan oleh: www.feldavoice.com
Untuk Bahasa Inggeris KLIK SINI



2 comments:

  1. Terbaik la najib.. Klu anwar kena tuduh camni, dia marah balik wartawan.. Najib ttp jawapn wpun tuduhan byk tk logik.. U r the best pm ever, sbb tu ramai yg iri hati!

    ReplyDelete
  2. Tahniah diatas jawapan dan ini membantu untuk memberi pencerahan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??