Friday 18 September 2015

PERANG ONLINE PEMANDU TEKSI DAN UBER !!!


Ramai orang yang dahulunya antara pengguna setia teksi sudah kini semakin beralih kepada menggunakan servis Uber, trend baru pengunaan servis kereta persendirian untuk mengambil dan menghantar penumpang yang boleh ditempah melalui atas talian dan telefon pintar. 



Uber turut mencabar khidmat dan periuk nasi pemandu teksi menyebabkan ramai pemandu teksi berang akan kewujudan servis baru ini. 

Aplikasi atas talian ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menempah kereta pilihan daripada pemandu Uber yang berada berhampiran dengan lokasi pengguna. 

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan Uber walaupun kadang kala terpaksa membayar kos yang lebih daripada menggunakan teksi. 


Hal ini mencetuskan kontroversi bukan sahaja di Malaysia tetapi keadaan telah menjadi lebih tegang di negara luar seperti di Amerika dan Australia serta beberapa negara lain.  

Perang online yang telah tercetus membabitkan pemandu-pemandu Uber dengan hashtag #Ubered digunakan oleh pemandu-pemandu teksi dan juga pengguna online yang menentang kewujudan Uber di San Francisco. 

Pemandu teksi di Malaysia yang turut tercabar dengan persaingan ini sudah lama juga memulakan perang online sendiri untuk memburukkan servis Uber yang dikatakan mencuri pelanggan-pelanggan teksi.

Antara tentangan yang diberikan adalah atas sebab privacy, penipuan, keselamatan dan juga hal-hal sosial yang lain seperti menghantar pemandu yang terbabit dalam aktiviti yang salah di sisi undang-undang mahupun membenarkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemandu Uber tidak kira latar belakang pemandu tersebut. 

Apatah lagi ada antara pemandu Uber yang tidak mendapat permit pengangkutan awam. 

Walaubagaimana pun, situasi di Malaysia kelihatan berbeza bagi pengguna kerana pengguna sememangnya lebih gemar menggunakan khidmat Uber ini atas faktor keselesaan, kemudahan menempah dan membayar mengunakan khidmat atas talian, dan harga yang telah ditetapkan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain seterusnya mengelakkan dari manipulasi harga oleh pemandu Uber. 

Jesteru semuanya terletak pada tangan pengguna dan tidak terlepas juga tanggungjawab pemandu Uber sendiri untuk memberikan khidmat yang telus kerana apabila bermula apa sahaja kes yang tercetus melibatkan pemandu Uber, pengguna akan lebih was-was menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, habis susu sebelangga. 

Namun setakat ini, Uber semakin menjadi pilihan pengguna tambahan lagi dengan penawaran kereta mewah dan servis selesa yang dapat dinikmati pengguna untuk bergerak ke lokasi yang hendak dituju. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??