Monday, 15 May 2017
AZMIN ALI LEBIH SAYANGKAN PAS Dari PAN.!!!
Dewan Ulama PAS sudah buat keputusan, PAS tiada hubungan politik lagi dengan PKR. Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming pun dah kutuk PAS berkaitan keputusan itu.
Namun, Azmin Ali nampaknya tidak mahu untuk singkirkan semua tiga orang Exco PAS dari barisan pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Sayang nampaknya Azmin pada tiga Exco PAS ini.
Tahaluf Siyasi – Antara Kuasa, Wang Dan Wala, Di Mana Kedudukan PAS Di Selangor
Tarikh 11 Mei 2017 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh PAS dan PKR kerana pada hari berkenaan, Majlis Syura PAS mengambil tindakan berani dengan memutuskan tahaluf siyasi parti itu dengan PKR setelah 9 tahun hubungan terjalin.
UMNO Terbukti Parti Melayu Yang Perjuangkan Masa Depan Semua Bangsa
Sudah terang lagi bersuluh, UMNO bukanlah satu parti berteraskan satu bangsa sahaja. UMNO sebaliknya turut sama memperjuangkan agenda kebajikan dan masa depan semua kaum di negara ini.
Sejak sebelum merdeka lagi, UMNO sudah menjadi parti yang memimpin semua rakyat Malaysia dan bangsa lain dalam memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. UMNO kemudian menerajui perjalanan negara Malaysia yang membangun sehingga sudah hampir mencapai taraf negara maju seperti sekarang ini.
Khamis lalu, UMNO terus membakar semangat pembangunan dalam sanubari rakyat Malaysia apabila menyambut ulangtahun ke-71 dengan satu sambutan bersejarah di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran 150,000 orang bersama-sama dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucapan keramat di stadium itu, Datuk Seri Najib mengatakan bahawa UMNO hari ini kekal kuat kerana ia sentiasa berpegang pada asas perjuangan parti yang berteraskan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta untuk seluruh rakyat di negara ini.
UMNO adalah satu-satunya parti demokrasi yang kekal memerintah di dunia ini sehingga sekarang. Parti pimpinan Najib sentiasa kekal konsisten dan relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman.
UMNO yang menjadi teras dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan di Putrajaya pada hari ini. Menerusi UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sudah 97% janji manifesto BN sudah dikotakan kepada rakyat sehingga 31 Mac 2017.
97% ini merangkumi sejumlah 83% janji meliputi 4,844 projek bernilai RM73.49 billion yang pun sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional. Sejumlah 14% lagi adalah 804 projek, RM255.17 billion yang sedang dilaksanakan.
Semua projek ini adalah janji manifesto BN pada 6 April 2013. Dibuat untuk semua rakyat Malaysia. UMNO yang mengemudi dan memacu janji janji ini agar ianya dapat dilaksanakan kepada rakyat.
Semua parti lain di pihak pembangkang tidak perjuangkan agenda rakyat. Buktinya mereka sendiri gagal laksanakan apa manifesto dan janji mereka setelah mereka menang di Penang, Selangor dan Kelantan.
Biarpun kalah di negeri negeri itu, namun kerajaan BN tidak abaikan nasib rakyat. Sejumlah 209 projek bernilai RM2 billion dilaksanakan di Penang. Sejumlah 440 projek bernilai RM2.088 billion dilaksanakan di Kelantan dan sejumlah 271 projek bernilai RM1.41 billion dilaksanakan di Selangor.
Penubuhan parti parti pembangkang sendiri bukannya untuk rakyat. Sebab itu bila menang mereka bukan kerja untuk rakyat tetapi untuk kesenangan kelompok mereka sahaja.
Kita tengok PKR, ditubuhkan untuk membebaskan Anwar, DAP lebih bersifat cauvinis dan kroni Kit Siang sahaja.
PAN adalah parti serpihan dari PAS yang hanya mengikut telunjuk DAP. Manakala PPBM pula ditubuhkan oleh Mahathir yang agendanya hanya untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan anaknya menjadi PM.
Tapi, UMNO kekal fokus berjuang untuk rakyat dan menepati janjinya kepada rakyat selama 7 dekad lamanya.
"Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.
"Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia," kata Najib ketika berucap di hadapan lautan merah 150,000 orang pada perhimpunan bersejarah itu malam tadi.
UMNO walau dituduh semakin dilupakan dan perlu ditolak dalam pilihan raya oleh pihak pembangkang, namun terus diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, PRK Parlimen Kuala Kangsar dan PRK DUN Tanjong Datu dengan kemenangan majoriti lebih besar.
"Kita sentiasa relevan kerana dasar perjuangan yang kita amalkan dan laksanakan sesuai mengikut era dan zaman sama ada ketika menentang Malayan Union atau (era) pasca kemerdekaan, membangunkan kawasan luar bandar, era perindustrian dan menuju 30 tahun lagi kepada zaman Transformasi Nasional (TN50), " katanya.
Perhimpunan semalam meninggalkan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mahathir, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terkedu dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang bagaikan satu gelombang merah yang besar di lautan.
Beranikah Azmin kumpulkan seramai itu di Stadium Shah Alam? Beranikah Guan Eng kumpul seramai itu di Stadium Batu Kawan? Atau pembangkang mahu buat demo Bersih 6 untuk kumpul sejuta orang di Dataran Merdeka?
UMNO masih lagi pilihan hati rakyat. UMNO masih kuat biarpun dilanda pelbagai cabaran. Himpunan semalam bukti UMNO sudah bersedia untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat Malaysia selepas PRU14. Bina Malaysia yang lebih baik bersama UMNO dan Barisan Nasional. Tolak pembangkang pada PRU14.
Thursday, 11 May 2017
"In Sha Allah" NAJIB KEKAL MENANG DI PEKAN.!! MAHATHIR KEKAL JADI PENGHASUT JE LERRR....
Bukan main lagi Mahathir, Penasihat Pakatan Harapan buat video ajak pengundi Pekan kalahkan Datuk Seri Najib. Mahathir kata Najib pernah dapat 241 undi sahaja di Pekan.
Ya '241' pun masih lagi undi majoriti dan menang, tidak kalah seperti orang itu di Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1969.
PAS AKAN JADI LEBAI MALANG DI SELANGOR JIKA MASIH TAK BERUBAH...
Bukan main lagi bergegar dalam muktamar mahu jahanamkan PAN, mahu ceraikan PKR. Balik sahaja Azmin dari luar negara, ADUN PAS dulu yang ke depan menerpa.
Monday, 8 May 2017
Usah Berangan Serang Pekan, Cuci Dulu Skandal Sendiri..
Umpama bagai satu jari menuding orang lain, empat lagi jari menuding kita, itulah keadaanya apabila Mahathir, penasihat Pakatan Haralan menyuruh pengundi di Pekan jangan mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kalah dan dapat dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bukan mudah hendak suruh rakyat yang sudah matang buat itu dan ini secara membabi-buta. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala menyuruh rakyat di Pekan, Pahang supaya tidak mengundi Najib.
PAKATAN HARAPAN PAKAR U-TURN, PAKATAN YANG TIADA KETETAPAN.!!!
Memang benarlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik apa yang kerajaan lakukan.
Selepas membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.
Pemilik Banglo Disneyland Sudah Digantung PKR, DAP Bila Hendak Gantung Pemilik Banglo Pinhorn...
GADUH sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang. Gaduh sebab rebut kerusi, gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.
Selepas 4 Tahun PRU13, BN Tunai Janji, Pembangkang Mungkir Janji
Hari ini, genap empat tahun Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan. Ketika kita menanti debaran bilakah PRU ke-14 akan dilaksanakan, kita tidak boleh melupakan akan janji-janji yang telah dibuat oleh parti yang bertanding pada PRU ke-13 lalu.
Melihat kepada janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini, banyak yang telah dilaksanakan menerusi program transformasi yang diperkenalkan kepada negara menerusi pembangunan ekonomi, pendidikan, belia, wanita dan agama.
Saturday, 6 May 2017
Kit Siang Tulis Buku Penyelewengan FOREX , Tapi Cakap 30 Minit Sahaja......
Semalam, 4 April 2017, pemimpin De Facto Leader Pakatan Harapan, iaitu Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang FOREX di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menemubual Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)