Saturday, 28 July 2012

INILAH PUNCA INTEGRITI PENGAMAL MEDIA SOSIAL HILANG - BERPAKSILAH PADA KEBENARAN BUKAN PROVOKASI !!!

Salam and Mornink to all...


Pagi ni, aku nak sampaikan sesuatu yang out of politik tetapi lebih kepada etika sahaja berkaitan pengamal media sosial.


Mungkin ramai dari kita pengamal media sosial berada di gelanggang dengan niat yang berbeza.


Ada yang memperjuangkan sesuatu, ada yang sekadar mengisi masa lapang, ada yang suka-suka, ada yang sengaja mencetus provokasi, ada yang buat untuk duit (oppsss... jangan terasa...), ada yang kejar glamour dan populariti, ada yang saja nak hilangkan tekanan dan pelbagai lagi tujuan.


Namun, dalam kita menjadi medium penyebar maklumat, perlulah kita berpaksi kepada kebenaran dan bukan provokasi atau fitnah semata.


Dengan itu, korang menjadikan diri korang sendiri sebagai perosak integriti pengamal media sosial dan akan memberikan kesan kepada yang lain.


Seperti sebaran maklumat yang kita semua perolehi mutakhir ini, kedengaran pelbagai cerita dan versi berkaitan negara Myanmar.


Aku tidak nafikan bahawa berlaku pergolakan disana yang membabitkan saudara seagama kita yang ditindas disana.


Sekalipun aku tidak nafikan, namun janganlah kita terlebih-lebih dan over-react dalam mencipta panik kepada negara itu.


Kerana itu dalam apa juga berita aku lebih suka ambil langkah "wait and see" dan berdoa dahulu sebelum aku sebarkan sesuatu cerita terutama berita dari luar negara kerana kita tidak berada disana malah jauh sekali warganegara sana.


Seperti yang umum ketahui, medium FaceBook adalah antara medium yang terpantas dan kita boleh kategorikan sebagai sebaran berita "real time".


Masakan tidak, sakit perut nak berak pun kita update status kat FB, agak-agak la... (macam aku pernah buat pulak ye.. hehe...)


Apa yang ingin aku sampaikan adalah berkaitan isu Rohingya.


Okey, firstly kita tengok 2 keping gambar ni dulu;



Gambar yang korang lihat diatas ini adalah gambar yang disebar mutakhir ini dengan mengatakan (fitnah) bahawa Sami Budhha bunuh Orang Islam di Myanmar. 

Sedihkan... tapi, malangnya gambar ini adalah tulen namun gambarannya adalah fitnah kerana ini bukan berkaitan kes di Myanmar !!!

Sekarang kita lihat pula gambar yang asal (dibawah).



Sama bukan gambarnya ???


Perkara sebenar berkaitan gambar ini adalah kes gempa bumi yang terjadi di China manakala Sami Tibet ini yang dalam misi menyelamat.


Bagi yang mungkin cepat tersentuh hati pasti akan tekan butang "share" di FB dan proses itu berlanjutan. 


Maka merayaplah fitnah disetiap penjuru.


Lagi... lihat set gambar dibawah;





Kalau dilihat pada set gambar diatas pula, kes 2004 pun dibawa ke 2012.


Macam-macam dunia media sosial ni.


Kejar glamour di FB ke, supaya ramai yang "LIKE" ???


Kalau nak banyak "LIKE", buat la akaun "fake" FB sampai beribu pun tak apa, lepas tu klik "LIKE" tu sendiri, ala-ala syok sendiri la tu daripada sebarkan fitnah macam ni !!!


Tak rasa berdosa ke ???




Apa pendapat korang dengan gambar diatas ini yang disebarkan mutakhir ini ???


Korang nak tahu dari mana datangnya gambar ni ???


Selebihnya korang boleh baca terus dari SINI dan SINI.


So, kepada mereka yang bertanggungjawab dalam menyebarkan benda-benda karut yang tidak berkaitan dengan kes di Myanmar ini, sebaiknya diselidiki dulu setiap gambar-gambar yang korang dapat tu, jangan main "upload" dan "share" sesuka hati.


Jangan lah kita ni jadi "lebih sudu dari kuah" dengan mencetuskan "panic" melampau semata-mata hendak bermain dengan persepsi pengamal media sosial yang lain.


Kepada yang berkenaan tu, adakah korang tahu impak dari perbuatan si polan yang tidak bertanggungjawab ini ???


Permainan persepsi adalah permainan yang paling bahaya dalam media sosial ini.


Mengambil contoh kes sebaran gambar-gambar palsu berkaitan dengan kes di Myanmar ini.


Bukankah dengan persepsi yang direka ini akan menyebabkan penduduk beragama Islam seluruh dunia panik tak tentu arah.


Akan berlaku ketegangan diplomatik antara negara, itu memang pasti.


Ketegangan antara agama diseluruh dunia pula, pasti sedikit sebanyak ada impaknya.


Dan yang paling bahaya pula adalah masyarakat Muslim di Myanmar sendiri pasti lebih terancam bila perkara yang tidak benar tersebar dan akan sentiasa curiga sesama mereka disana.


Apakah penyebar gambar palsu ini memang sengaja mahu keadaan yang lebih buruk berlaku di Myanmar ???


Jika benar-benar mahu membantu mereka, sebarkanlah sesuatu yang sahih.


Jika korang sebar sesuatu di FB berita yang tidak sahih (palsu) yang mana korang dapat dari entah mana punya sumber, silap-silap mungkin korang dikenakan tindakan undang-undang.


Jika nak membantu, apa kata ambil lah dari sumber yang boleh juga dipercayai dan sekiranya terjadi sesuatu diluar kawalan korang, semestinya sumber tersebut yang akan berhadapan apa-apa risiko.


Ini contoh yang boleh digunakan jika korang betul-betul ingin membantu saudara kita di Myanmar;





Sekiranya paparan video ini tidak benar maka pihak uploader (myMetro TV) perlu bertanggungjawab dan mereka ini mudah dikesan, jadi semestinya produksi ini juga mahu kredibility mereka kekal dan berada pada reputasi yang terbaik.

Last but not least, again... berpaksilah kepada kebenaran...

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??