Saturday, 28 July 2012

YA ALLAH !!! BETAPA MEREKA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA !!!


Ya Allah... Bersyukurnya pelajar-pelajar kita telah selamat dievakuasi dari Syiria.


Tak dapat dibayangkan macam mana kan mereka rasa disana.


Jom tengok diorang berdua ni yang terlalu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin terhadap nasib pelajar-pelajar di sana.


Semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses evakuasi telah berada di tanah air dengan kumpulan terakhir tiba pada Khamis.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan.

"Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Ada juga yang degil ye.

Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba pada Khamis.

Apa pun, Alhamdulillah dan syukur sangat.

Allah melindungi rakyat Malaysia !!!


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??