Thursday, 26 July 2012

STAFF SYABAS MENGAMUK !!! KHALID LARI TAK CUKUP TANAH !!!


Tengahari semalam agak kecoh juga di Selangor gara-gara Khalid yang mahu menukar pengurusan SYABAS !

Apa yang pasti, Khalid pasti akan berdendam dengan 170 kakitangan SYABAS ini yang terang-terang menentang Khalid dan regimnnya.

Ikuti pendedahan dari Utusan Online;

SHAH ALAM 25 Julai - Kira-kira 170 kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan pengambilalihan pengurusan syarikat itu oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.
Demonstrasi aman itu diadakan di luar pintu pagar utama Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 1.15 petang.
Semasa demonstrasi berlangsung, kesemua kakitangan Syabas terlibat yang juga merupakan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (KPPPuas) turut membawa kain rentang yang antaranya bertulis 'Kami sokong pengurusan masa kini Syabas' dan 'Kami mahu pengurusan Syabas dikekalkan'. - Utusan Online

Apa yang dapat aku simpulkan disini, Khalid hanyalah ibarat 'hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong' !

Tak malu ke Khalid bila kakitangan SYABAS sendiri menolak Khalid yang umum cukup tahu betapa pembelitnya Khalid.

Kakitangan SYABAS mahu bekerja bukan mahu berpolitik seperti Khalid dan konco-konconya yang sentiasa siang dan malam mempolitikkan isu air ini tanpa mempedulikan rakyat.

Sekali lagi aku nak tegaskan disini bahawa isu air ni bukan pasal air mentah tetapi air terawat yang mana tiada kena mengena pun dengan pihak SYABAS.

Bagi yang mungkin telah terkeliru dengan auta si Khalid Gagap ni, suka untuk aku jelaskan disini tentang pegangan saham setiap konsesi (pernah aku terangkan sebelum ini) dan juga tugas setiap konsesi terbabit.

Fakta berkaitan isu air adalah Syabas hanyalah Operator Agihan air terawat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Operator perawat adalah ABBAS, SPLASH dan Puncak Niaga.

Share Kerajaan negeri dalam ABBAS adalah 55%, dalam Splash adalah 30% dan Puncak Niaga anak syarikat Puncak Niaga Holding adalah 49%.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dimiliki dengan pegangan sebayak 70% oleh Puncak Niaga dan 30% pula oleh kerajaan negeri melalui GLC selangor.

SYABAS adalah konsesi yang hanya membekalkan air terawat kepada pengguna (rakyat) dan SYABAS sama sekali tidak merawat air mentah.

SYABAS membekalkan air yang dirawat oleh 34 Logi Rawatan Air (seperti yang aku tekankan diatas tentang pecahan saham, 70% GLC Selangor dan 30% Puncak Niaga).

Maknanya Syabas membeli air dari GLC ini.

Kenapa GLC Selangor tak berikan saja semua air percuma untuk dibekalkan kepada rakyat ???

PR boleh beri air percuma 100%, tapi mereka tak buat, kenapa ???

Sebab mereka pun nak untung besar !!!

Macam yang aku dah hint tadi, merawat air mentah bukan kerja SYABAS kerana SYABAS hanya mengangihkan air yang telah dirawat kepada pengguna.

Yang merawat air adalah ABBAS, SPLASH, TALIWORKS and Puncak Niaga yang mana dibawah kuasa Kerajaan Negeri.

Walaupun SYABAS hanya buat pengagihan / pembekalan air terawat kepada pengguna, kerajaan negeri mempunyai 30% kuasa melalui pegangan saham dari GLC Selangor.

Tidak dinafikan bahawa air di empangan memanglah penuh melimpah tapi air di empangan tidak boleh disalurkan terus kepada pengguna kerana ia perlu dirawat terlebih dahulu

Kalaupun SYABAS membekalkan air mentah kepada pengguna, lama-lama air mentah pun boleh habis dan empangan dan lombong pun boleh kering, persoalan lain pula timbul.

Sanggup ke penduduk di Selangor nak minum air empangan, lombong dan sungai direct tanpa dirawat ???

Aku terpaksa menerangkan satu persatu macam menerangkan kira-kira (1 + 1 = 2) kepada budak tadika sebab Khalid ni dah la GAGAP, pekak labang pula tu.

So sekarang aku akan terangkan pula punca masalah dengan mengambil kira tuduhan puak pakatan haram yang mengatakan SYABAS gagal dalam tugasnya membuat pengagihan air terawat.

SYABAS gagal membuat pengagihan / pembekalan air terawat yang mencukupi (seperti tuduhan puak pakatan) kerana air terawat yang tidak mencukupi.

Air terawat tidak cukup kerana loji sedia ada tidak mampu lagi menampung permintaan air terawat yang kian meningkat ditambah pula loji-loji berkenaan terpaksa beroperasi melebihi kapasiti sepatutnya umpama lori lebihan muatan diatas jalanraya.

Loji rawatan air tidak mencukupi kerana kerajaan negeri mengganggu dan sabotaj pembinaan loji Langat 2 yang mana telah lama tertangguh dan jika disambung semula pembinaannya hanya akan siap pada 2016.

Kerajaan negeri mengganggu pembinaan loji Langat 2 kerana 1 sebab sahaja iaitu 'kerakusan politik'.

Itulah dia, perkara paling mudah untuk difahami tetapi bila diputar, dibelit dan diauta menyebabkan ramai yang keliru.

Ok lah, kita ambil kira kalau SYABAS mahu diambil alih oleh Khalid dan kita lihat pula situasi ini menjadi realiti.

Untuk Khalid menguasai keseluruhan SYABAS, apa yang perlu GAGAP buat hanyalah membeli 70% saham milik Puncak Niaga didalam SYABAS.

"WILLING BUYERS - WILLING SELLERS" !

Apa nak bising sangat kan, beli sahaja lah saham dari Puncak Niaga dan jangan lah pulak lepas ni dengar cerita '1 billion', '3 billion', 'terlebih bayar', 'rasuah', 'jual UNISEL', atau 'jual Bangunan Exco Kerajaan Negeri'semata-mata nak beli saham yang 70% tu.

Dengan 30% pegangan dalam SYABAS tu, Khalid TAK MAMPU berbuat apa-apa untuk bantu rakyat jadinya kena ada 100% pegangan.

Okeylah, andai kata dalam apa cara sekalipun biarpun 'mati berpijak langkah mayat' sekalipun, Khalid beli 70% saham tu.

Apakah masalah bekalan air terawat dapat diselesaikan dengan pengambil alihan SYABAS itu ???

Dengan pengambil alihan SYABAS itu, maka air terawat akan dijamin cukup tanpa sebarang pembinaan loji rawatan air yang baru ???

Dari mana datangnya air terawat itu nanti ???

Apakah Khalid akan menganiaya rakyat dengan membekalkan air LOMBONG, EMPANGAN, SUNGAI KLANG dan PARIT terus kepada rakyat tanpa dirawat terlebih dahulu ???

Umum cukup tahu betapa rakusnya Khalid dalam memiliki kuasa dan betapa rakusnya Khalid dan pakatan haram dalam mencari keuntungan, jadi aku tidak akan terkejut langsung kalau dijadikan cerita Khalid ambil alih SYABAS dan air LOMBONG disalur terus kepada pengguna tanpa dirawat.

Maklum sahajalah, AIR PERCUMA !!!

Banyak yang aku bebelkan diatas ni dan tidak kurang juga persoalan yang aku titipkan diatas ni.

Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan yang terbaik buat diri kita, anak-anak kita dan keluarga kita, maklumlah agama mengajar kita untuk mendahulukan keluarga bukan menderhaka kepada ibu.

Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!


Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??