Friday 14 September 2012

KENAPA PUAK SYIAH BERDENDAM DENGAN NASHA ?!!


Tika ini, berdasarkan dua sumber dalaman PAS Utara dan satu sumber dari Pantai Timur tanahair telah mengesahkan sudah terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Sejauh mana keberkesanan kempen dan gerakan sedemikian sukar lagi ditentukan namun ia mengesahkan pihak-pihak yang tidak secocok dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu masih belum berputus asa untuk melaksanakan agenda mereka.

Dalam pada itu, kegagalan Majlis Syura PAS membincangkan agenda pemecatan Nasharudin tempohari tidak hanya menyakitkan hati pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim tapi turut dikongsi sama oleh golongan Syiah PAS yang diketuai Mat Sabu.

Bagi pemimpin dan pengikut PAS yang memuja fahaman Syiah yang diperjuangkan oleh Mat Sabu, mereka tahu selagi Nasharudin masih lagi kekal bersama parti itu kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti masih tidak selamat.

Tambahan pula, beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat, sudah kedengaran ura-ura dikalangan beberapa pemimpin PAS dari kumpulan berlatar belakang agama yang mahu mencalonkan semula Nasharudin bagi jawatan Timbalan Presiden sekiranya beliau tidak dipecat dari PAS.

Muktamar PAS 2013 dijangkakan berlangsung beberapa bulan selepas PRU 13, agak singkat baki masa yang ada untuk Mat Sabu bersiap sedia menerima tentangan balas dari Nasharudin. 

Lagipun kemenangan Mat Sabu dalam Muktamar PAS pertengahan tahun lepas bukanlah satu kemenangan yang genuine sebaliknya hasil gandingan kerjasama dan dokongan sokongan dari perwakilan PAS yang teguh berdiri di belakang Husam Musa.

Dalam keadaan demikian ditambah lagi dengan perancangan Husam yang turut mahu mencuba nasib untuk kali ketiga bermakna pertandingan tiga penjuru terpaksa dilalui oleh Mat Sabu. 

Nyata satu situasi yang langsung tidak memihak kepada imam besar Syiah PAS itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??