Wednesday 26 September 2012

LARI BOGEL ELAK DIROGOL !!!


Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

“Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. 
Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.

“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya. 

– Informasi Dot My -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??