Friday, 7 September 2012

TAHNIAH LYNAS !!! FUZIAH MENANGIS KENA TORON !!!


Selepas berbulan-bulan operasi kilangnya cuba disabotaj oleh pemimpin pembangkang dengan pelbagai tohmahan akhirnya Lynas dibenarkan juga untuk beroperasi secara bersyarat di bawah Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Kelulusan berlesen yang diperolehi dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) itu bermula 3 September lalu dan akan berakhir pada 2 September 2014. 

Mengikut jadual asal, Lynas sepatutnya sudah beroperasi sejak Mei tahun ini tapi berikutan putar belit fakta dan polemik isu yang dimainkan oleh pembangkang menyebabkannya terpaksa ditangguhkan sementara.

Mengikut fahaman yang disebarkan oleh pembangkang jika kilang Lynas beroperasi kesan radioaktifnya akan menyebabkan masalah pada kesihatan dan alam sekitar untuk jangka waktu panjang.

Rentetan dari propaganda sedemikian, timbullah cerita ikan berkepala dua, mati kerana kanser dan lain-lain kisah rekaan untuk menakutkan penduduk setempat dan rakyat Malaysia seterusnya menolak pembangunan kilang bahan nadir bumi itu.

Turut dipropagandakan konon harga tanah di sekitar kilang Lynas tersebut akan jatuh merudum, sedangkan sebenarnya hebahan palsu sedemikianlah langsung tiada asasnya kerana kilang Lynas bukannya loji nuklear sebaliknya hanya kilang yang memproses bahan nadir bumi untuk kegunaan pelbagai alatan dan barangan kegunaan harian kita semua.

Realitinya bahan nadir bumi yang mereka potretkan sebagai 'hantu' itu sebenarnya sudah lama mereka pegang dan guna. 

Pelbagai jenis peralatan elektronik dan gadget terkini semuanya memanfaatkan bahan nadir bumi dalam teknologi pembuatan mereka.

Baik telefon mudah alih, Ipad, Iphone, Galaxy Tab malah beberapa komponen kereta yang kita sering guna pun turut menggunakan bahan nadir bumi.

Tapi dalam pada para penyokong dan NGO pro pro pembangkang menghebahkan kisah rekaan termasuklah membuat tohmahan kilang Lynas adalah loji nuklear, namun tidak pula mereka ini semua mencampak dan buang ke dalam longkang segala gadget dan peralatan elektronik yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kan hipokrit namanya tu. 

Halang pengoperasian kilang Lynas yang akan memproses bahan nadir bumi tapi dimasa yang sama saban minit dan tiap hari dengan selambanya menggunakan alatan elektronik seperti komputer, Iphone dan lain-lain.

Apapun, serentak dengan perkembangan terbaru ini, Lynas dijangkakan akan mula menghasilkan pengeluaran pertamanya pada awal Oktober 2012 nanti. 

Jika semuanya berjalan lancar, syarat dan aspek teknikal dipenuhi tidak mustahil selepas ini Malaysia akan menjadi salah satu pengeluar utama bahan nadir bumi. 

Impak positifnya bukan sahaja memakmurkan ekonomi negara malah ramai rakyat yang akan gembira dengan perkembangannya. 

Kesan lainnya, pengeluaran dan penghasilan bahan nadir bumi dunia yang sekarang sedang dimonopoli oleh syarikat-syarikat di negara China tentunya akan terencat berikutan saingan baru dari Lynas.

Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh ramai penyokong dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR kerana kita tahu, gerakan anti Lynas yang mereka jalankan selama ini pun segala urusan kewangan untuk menampung aktiviti mereka ditanggung oleh syarikat-syarikat dari China.

Cukuplah dan sudah-sudahlah bertelagah dan menipu orang ramai demi memenuhi tembolok sendiri. 

Kalau betul semua pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka masih mahu teruskan juga gerakkan anti Lynas konon kerana takut radioaktif, eloklah pakat campak semua telefon, ipad atau kereta masing-masing ke dalam lombong.

Ada berani ??? 

Cehhhh.... 

Dalam himpunan hijau anti Lynas yang disertai penyokong pembangkang itupun ramai yang guna pelbagai gadget elektronik yang memanfaatkan bahan nadir bumi. 

Jadi jangan haraplah mereka akan campak semua gadget tersebut. 

Hipokrit !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??