Friday 16 December 2016

PRU-14: DAP BAKAL LETAK RAMAI CALON MELAYU ?!!


Meskipun tidak diketahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, namun debarannya makin terasa dengan parti-parti politik sudah membuat persediaan. 

Katanya akan diadakan pada tahun depan. 


Lebih menarik pada PRU14 kali ini ialah apabila negara bakal menyaksikan pertembungan hebat tiga parti terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO, Pakatan Harapan yang diketuai DAP bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dengan parti gabungannya Parti Ikatan, yang membentuk Gagasan Sejahtera.

Sudah pasti parti-parti tersebut sudah mengintai calon-calon yang sesuai untuk mengisi kerusi yang akan dipertandingkan.

Namun paling menarik untuk diulas ialah DAP yang dijangka bakal meletakkan ramai calon Melayu. 

Ia bagi melemahkan PPBM kerana apabila DAP menang, sudah pasti ia tidak lagi memerlukan parti bunga itu lagi.

Apatah lagi PPBM sendiri tidak mempunyai calon-calon yang hebat. 

Muhyiddin Yassin sebagai contoh, dilihat tidak mampu untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang disebabkan oleh faktor usia.

Manakala Mukhriz Mahathir pula, seperti yang diketahui, mahu dijadikan pemimpin negara oleh bapanya, Mahathir Mohamad.

Bukan sesuatu yang pelik apabila DAP mengatur strategi berkenaan kerana semua sedia maklum bahawa DAP dan Mahathir sememangnya sedang mempergunakan antara satu sama lain. 

Jika sebelum ini strategi DAP untuk menarik peraturan undi orang Melayu ialah dengan mewujudkan Parti Amanah Negara (PAN), namun kini, DAP sedang mempergunakan pula PPBM.

Sebab itu satu-satunya cara untuk DAP melemahkan PPBM ialah dengan meletakkan sendiri calon Melayu. 

Nasib PPBM akan menjadi seperti PAS, di mana parti Islam itu dibuang daripada pakatan pembangkang. 

Umpama habis madu, sepah dibuang.

Dan seperti yang diketahui, DAP sudah mempunyai dua wakil rakyat Melayu iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri.

Untuk PRU14 ini, DAP dijangka mempertaruhkan lebih ramai calon Melayu dengan mereka yang dilihat berpotensi untuk disenaraikan ialah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Ariffin Omar;  Penolong Bendahari Kebangsaan DAPSY, Raja Ahmad Iskandar Fareez; dua Ahli Jawatankuasa (AJK) DAPSY iaitu Mohd Firduas Babh dan Dyana Sofya serta Young Syefura Othman atau Rara dan Melati Rahim.

Dengan meramaikan lagi calon Melayu, DAP boleh menentukan pemimpin Melayu untuk mengikut telunjuknya, jika dipilih sebagai Perdana Menteri. 

Namun itu tidak cukup untuk memastikan nasib orang-orang Islam di negara ini tidak tergugat.

Begitu juga dengan nasib orang Melayu. 

Lihat sahaja di Pulau Pinang, bagaimana 26 buah kampung Melayu lenyap atau bakal lenyap sejak beberapa tahun lalu. 

Kita tidak mahu nasib sama berulang. 

Oleh itu wajarlah kita mempertahan kerajaan sedia ada iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini bukan masanya untuk mencuba parti lain, kerana kelak ia boleh membinasakan bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??