Friday 16 December 2016

BAGI DAP MAHATHIR LEBIH PENTING DARI ANWAR !!!


Suatu masa lalu, Anwar Ibrahim menjadi ikon pembangkang, malah beliau disebut sebagai bakal Perdana Menteri jika pakatan harapan yang ketika itu diketuai oleh PKR menguasai Putrajaya. 



Kemana sahaja forum atau ceramah yang mereka hadiri, pembangkang terutama dari PKR akan melaungkan pembebasan Anwar.

Disebabkan Anwar juga, maka seminar mengenai pemikiran Anwar Ibrahim telah dicadangkan pada bulan lepas, namun ia dibatalkan pada saat akhir selepas mendapat kecaman ramai.

Namun, setelah Mahathir bergabung dengan pembangkang, cerita mengenai Anwar semakin lama semakin dilupakan. 

Anwar umpama disisihkan dan sudah dianggap kain buruk oleh DAP. 

Pembangkang hari ini bukan lagi diketuai oleh PKR tetapi diketuai oleh DAP. 

Ke mana sahaja, Kit Siang pergi maka akan dibawalah bersamanya screwnya iaitu Mahathir.

Apatah lagi dengan keputusan mahkamah semalam yang menolak rayuan Anwar. Keputusan 5-0. 

Maka peluang untuk Anwar bebas daripada hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat, sudah tertutup.

Anwar hanya boleh aktif dan bertanding dalam politik selepas tahun 2023, iaitu pada usianya sudah 76 tahun. 

Dengan perkembangan berkenaan, ramai yang melihat kini legasi Lim Guan Eng dan Mukhriz Mahathir akan menguasai pakatan. 

Begitu juga dengan legasi Rafizi Ramli, beliau juga dikatakan akan terpinggir tidak lama lagi.

Dan di sebalik semua keadaan ini, nama Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan naik selepas ini.

Jangan terkejut, kerana Azmin juga selama ini disifatkan sebagai anak angkat Mahathir. 

Melihat kepada keadaan terbabit, kita boleh melihat betapa liciknya percaturan politik Mahathir.

Dalam diam-diam Mahathir hendak khianati DAP, kalau calon pilihan pertama Mahathir iaitu Muhkhriz gagal jadi PM maka Mahathir akan beralih pada Azmin Ali sebagai calon keduanya menjadi PM.

Tindakan Mahathir berbaik dengan pembangkang terutama DAP, walaupun menerima kecaman daripada orang Melayu, ternyata semakin menunjukkan 'kejayaan’ terutama dalam usaha untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Sebab itulah Mahathir tidak menamakan siapa Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya. 

Meskipun sebelum ini Mahathir mencadangkan nama Muhyiddin Yassin, Mahathir bagaimana pun telah menukar fikiran.

Tindakan Mahathir membuat pusingan 'U’ itu adalah satu cara untuk menyatakan bahawa Mukhriz sebenarnya berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagi Anwar pula, tatkala DAP mengangkat Mahathir untuk bersama-sama dengan mereka, dan melupakan semua 'dosa-dosa’ Mahathir kepada pembangkang ketika 22 tahun memerintah, maka itulah saat di mana Anwar Ibrahim telah dipinggirkan.

Malah kerjasama antara DAP dan Mahathir juga menunjukkan bahawa Anwar tidak lagi penting.

Untuk rekod, pada Rabu, Mahkamah Persekutuan berpendirian bahawa ti­dak berlaku salah laksana keadilan dalam rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim yang memerlukan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, disemak dan diketepikan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, keputusan panel terdahulu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kerjaya politik Anwar boleh dikatakan hampir ke titik noktah. 

Dulu Mahathir pernah cuba letak titik noktah pada Anwar tapi Anwar "mai balik" selepas itu. 

Kali ini, Mahathir akan gunakan dirinya sendiri untuk menamatkan karier Anwar. 

Jika gagal maka plan B Mahathir adalah menjadikan Azmin sebagai Presiden PKR.

Meloponglah Wan Azizah, Rafizi dan Nurul Izzah, karier politik mereka juga di hujung tanduk jika Anwar sudah tidak lagi relevan. 

Mahathir kini sudah jadi Dark Vader, berperangai lebih jahat dari Anwar sendiri untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib. 

Kejahatan DAP sudah diampun, dosa liwat Anwar yang masih belum dimaaf Mahathir. 

Apa Mahathir dapat dengan berbuat semua kejahatan ini? 

Hanya satu yang dia dapat iaitu memecah belahkan bangsa Melayu dan menjadikan DAP lebih kuat sebagai parti chauvinis di negara ini. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??