Saturday, 1 September 2012

PENANG !!! SEKARANG MASA YANG AMAT SESUAI DAN TEPAT !!!


Aku bertegas bahawa masanya amat sesuai jika orang Melayu menjadi Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang. 


Kenapa Melayu dan mengapa sekarang ??? 

Orang Melayu (termasuk India Muslim) Islam Pulau Pinang lah kaum yang paling ramai di tindas sekeras kerasnya dan dinyahkan haknya oleh Kerajaan Negeri DAP. 

Kaum ini lah yang paling ramai berpendapatan rendah, di lanyak dengan rakus `nyap sayot’ oleh pemerintah pro Cina Singapura dan pro Cina Hong Kong. 

Kaum Melayu juga lah yang dimusuhi agamanya secara halus dan terang.

DAP berjaya menyakinkan kaum Cina di Malaysia supaya menyokong DAP dengan memanipulasikan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan tidak memberikan keadilan ekonomi sosial pada kaum Cina. 

Walhal DEB (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.html) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan objektif perpaduan. 

DAP membangkitkan isu biasiswa kepada pelajar Bumiputera, kuota kemasukan Bumiputera ke dalam IPTA dan IPTS, bantuan kepada peniaga kecil Bumiputera, dasar penswastaan, dasar kontraktor kelas F, kuota 30 peratus lot Bumiputera untuk lot perniagaan dan perumahan dan banyak lagi. 

Rakyat dan anak Cina dihasut membenci Kerajaan BN sebagai Kerajaan yang zalim. 

Pada hakikatnya dengan perlaksanaan semua dasar dasar DEB, ia hanya untuk mencapai 30 peratus pemilikan Bumiputera di dalam ekonomi negara dan bukannya 100 peratus. 

Matlamat hendak mencapai 30 peratus untuk Bumiputera ini tidak di`tekan’ kepada kaum Cina. 

Dengan pemansuhan dasar DEB oleh DAP, dalam masa 4 tahun ini sahaja ia telah menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang bertambah miskin dan jurang kekayaan dan kemiskinan telah menjurang besar. 

Untuk menjaga hati orang Melayu, mansuh DEB tapi beri tambah elaun guru agama. 

Taktik kotor. 

MCA dan GERAKAN menjadi `kambing hitam’ dan menerima kekalahan teruk semasa PRU12. 

Pada masa itu DAP adalah sebuah parti perkauman yang tegar. 

Ini lah langkah pertama yang dilakukan oleh DAP tatkala memasuki Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tahun 2008 yang lalu. 

Oleh kerana sudah beberapa tahun berjanji kepada kaum Cina untuk hapuskan DEB, DAP terpaksa menepati janji. 

Janji mansuh DEB ditepati, yang lain tidak pasti, walaupun DAP tahu implikasinya apabila menjadi Kerajaan. 

Kecurangan, kepincangan dan permusuhan yang DAP lakukan dan lancarkan, betul-betul mencabar perasaan orang Melayu Pulau Pinang. 

Apa tindakan orang Melayu Pulau Pinang hendak buat. 

Senang dan ringan sahaja.

KELUAR UNDI DAN PANGKAH/UNDI BARISAN NASIONAL !!!

Aku berharap semua rakyat Melayu Pulau Pinang keluar mengundi. 

Anak muda bawalah ibu bapa yang uzur atau tidak sihat pergi mengundi. 

Ini lah peluang kita mengajar DAP khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. 

Orang Melayu tidak perlu bawa keris untuk berperang, hanya bawa badan dan kad pengenalan diri (kerana pensil pun disediakan di pusat mengundi) dan undi atau pangkah BN

Orang Melayu tidak boleh menjadi `silent majority’ lagi. 

Mesti tunjukkan kepada DAP yang bersimpati dengan Chin Peng dan merestui demo jalanan. 

Tidak ada keperluan orang Melayu mengulangi `peristiwa 13 Mei’ tetapi cukup dengan undi BN. 

Dunia !!! 

Lihatlah bertapa besar kepalanya si Lim Guan Eng dalam semua isu. 

Ada kebenarannya apabila Dr Mansor Othman (rakan aku di Connecticut, USA dahulu) mengatakan Lim Guan Eng seorang yang angkuh dan sombong. 

Aku nak tambah yang beliau seorang yang rasis dan anti hudud juga. 

Untuk pengetahuan korang, aku juga pernah berkhidmat di sebuah syarikat Kumpulan Pinang yang projeknya seperti SPRINT, Lebuhraya di Penang, Komplek Bayan Baru, bergantung kepada ihsan nota kecil dari Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. 

Pada masa itu dengan nota kecil `Mohon pertimbangan sewajar’ dan ditandatangani oleh `Pak Syeikh’, projek berjuta itu menjadi milik Kumpulan Pinang. 

Mereka yang berkerja luar Pulau Pinang tetapi mengundi di Pulau Pinang, baliklah kerana undi anda di perlukan walaupun satu undi. 

Besar pahalanya kepada agama Islam. 

Sedih melihat tindakan DAP membatalkan perarakan Maulidul Rasul, membataskan azan, menanyakan peruntukan untuk pembangunan Islam (pembinaan Masjid dan dakwah), pembinaan replika botol arak di Georgetown (testing projek untuk melihat reaksi orang Islam), pembangunan tanah wakaf dan banyak lagi.

Bagaimana dengan orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat ??? 

Terpulang kepada mereka. 

Aku harap mereka yang menyokong Ustaz Nasha, Datuk Harun Taib, Dato Dr Harun Din, DrMahfodz Mohamed, Datuk Hassan Ali dan Ustaz Muhamad Zin Abd Rahman dari Sengor, undilah BN demi kepentingan Islam. 

Ahli PAS dan penyokong PAS mesti faham yang UMNO tidak anti hudud Islam cuma hudud PAS yang tidak adil. 

Mereka berfikir dengan baik dan lihat masa depan orang Melayu. 

Masa depan Islam lebih terjamin di tangan BN. 

Andaikata DAP terus memerintah dan terus menghalang perkembangan Islam, orang Melayu yang menyokong DAP dan Pakatan Rakyat pun dapat `saham akhirat’ nanti. 

Betul hanya ALLAH yang menentukan dosa pahala. 

Kita akan disoal tindak tanduk kita. 

Pada hemat aku, seseorang yang melibatkan diri secara lansung atau tidak lansung amalan LIWAT, ia merupai amalan kaum Nabi Lut dan kaum ini dibinasakan. 

Lebih dahsyat lagi kaum ini tidak di akui sebagai umat Rasullullah. 

Jadi bagaimana aku mahu berkepimpinkan orang yang begini sifatnya untuk negara dan agama Islamnya ???

UMNO/BN boleh menawan Pulau Pinang jika BN terus menambat hati orang Melayu Pulau Pinang. 

Aktiviti penerangan dan pengkukuhan sokongan perlu berjalan sentiasa. 

Setiap pengundi didekati segera (walaupun ia sepatutnya dijalankan lama dahulu). 

Sampaikan strategi dan perkhabaran `Jawatan Ketua Menteri Orang Melayu’ sebaik mungkin. 

Program tersebut mesti bersepadu. 

Bakal calon juga mesti baik dan diterima rakyat Melayu Pulau Pinang. 

Dengan izin Allah, BN boleh menawan Pulau Pinang !!! 

Keberkesanan meng`expose’ kecurangan Pakatan Rakyat mesti dipertajamkan. 

Program Janji Ditetapi perlu diteruskan. 

Banyak janji-janji oleh DAP Pulau Pinang tetapi tidak pasti dilaksanakan.

UNDI LAH BN !!! 

Ini menjamin kesejahteraan agama Islam, negara tercinta Malaysia dan hak dan keistemewaan orang Melayu Pulau Pinang khasnya. 

Yang pasti kaum lain tidak akan di`anaktiri’kan.

- NasirWise -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??