“Anda didapati telah menghina Hakim dan Makamah yang mulia ini, dengan itu anda yang bertanggungjawab dengan pengaduan ini dan setelah di pertimbangkan oleh makamah dan disabitkan kesalahan, dengan ini anda di jatuhkan hukuman 28 hari penjara dan di tempatkan di penjara Kajang.”
Alhamdullilah itulah ungkapan pertama aku setelah mendengar kenyataan yang di bacakan oleh hakim di makamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Nov 2013, walaupun terkejut dengan hukuman tersebut tetapi aku tetap juga bersyukur kerana itulah ketentuan Allah dan aku redha.
Dan hari ini genaplah setahun peristiwa itu berlaku yang akan menjadi sejarah didalam hidup aku, walaupun aku bukan seorang penjenayah cuma seorang rakyat yang menjadi mangsa kepada kuasa, politik dan undang-undang.
Sebagai rakyat aku terima kesemua ini sebagai ketentuan Allah kebetulan juga hanya baru 4 hari aku berada di tanah air setelah kembali dari mengerjakan Haji musim 2013, jadi ketenangan selepas mengerjakan haji masih lagi terasa.
Jam 2.45 Petang aku di bawa ke bilik tahanan sementara di tingkat bawah makamah Kuala Lumpur sementara proses menghantar aku ke penjara Kajang di siapkan.
Mungkin kerana watak dan cara berpakaian aku tidak kelihatan saperti seorang penjenayah atau penagih dadah maka aku tidak di himpunkan sekali didalam kandang besi yang menempatkan pesalah jenayah dan penagih dadah yang juga akan di hantar ke Penjara Kajang.
Hampir pukul 6.00 petang, diluar kawasan makamah terdengar dentum dentam guruh, mungkin disertakan hujan aku tak pasti, Kelihatan seorang pegawai polis mendatangi aku dan bertanya nama serta hukuman yang bakal aku jalani, aku berikan kerja sama dengan memberi nama dan hukuman yang aku terima.
Tepat Jam 6.00 aku di bawa menaiki trak @ lori atau lebih di kenali ‘black maria’ yang dulunya kerap aku lihat di jalan raya, ya memang jelas di luar makamah hujan lebat mencurah saperti menangisi perjalanan aku ke Kajang.
Didalam ‘black maria’ aku berpeluang menghantar pesanan melalui ‘what app’ kepada beberapa orang rakan di dalam group dan Alhamdullilah pesanan aku telah di viral menjadikan ramai rakan rakan mengetahui kedudukan aku dan hukuman yang akan aku jalani di penjara Kajang.
Perjalanan dari makamah Kuala Lumpur ke penjara Kajang mengambil masa kerana keadaan jalan raya yang sudah sesak kerana orang ramai telah keluar pejabat biasalah laluan di Kuala Lumpur ke Kajang.
Trak yang aku naiki sampai di pintu Penjara tepat jam 7.00 malam, setelah melalui proses pemereksaan dan semakan di pintu utama, aku di bawa ke bahagian pendaftaran banduan, agak janggal bila berdepan dengan pegawai pegawai yang bertugas boleh di katakan masih muda, didalam situasi yang tidak begitu menyenangkan jika di ikutkan budaya dan adat timur kita, walaupun akhirnya aku sedar bahawa aku sekarang adalah banduan bukan lagi ‘somebody’ saperti di luar sana.
Tetapi ibarat saekor buaya, jika di tangkap ianya tetap di perlakukan saperti buaya, tidak di perlakukan saperti harimau atau kelawar atau sekurangnya ia tidak di suruh berjalan mengunakan hanya dua kaki.
Baca lagi DISINI...
No comments:
Post a Comment