Wednesday, 4 April 2012

DEDAH !!! DAP DAN PKR BERPAKAT DALAM DIAM UNTUK PINGGIRKAN PAS !!!



Berikut adalah laporan akhbar the Star minggu sudah di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). 

Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi. 

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. 



Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. 

Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.” 

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”. 

Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini !!!! 

Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR. 

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa. 

Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera. 

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka. 

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. 

Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan. 

Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. 

Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? 

Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. 

Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. 

Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. 

Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya. 

Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. 

PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya. 

Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. 

Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini. 

PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. 

Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai. 

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. 

Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia. 

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. 

Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator. 

Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3. 

Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. 

Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. 

Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.  

Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.



1 comment:

  1. Saya sudah follow blog anda, sila follow blog saya ye thankz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??