Friday 30 December 2011

Gempar !!! Benarkah Dato Seri Jamil Khir guna wang zakat ???


Terbaca pada sebuah blog pembangkang yang kononnya Dato Seri Jamil Khir telah telah menggunakan duit zakat untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berikut adalah sedikit petikan dari blog tersebut

23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.
Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.
"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA
Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..
Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nampak sangat blog pembangkang ni semua kaki paste tak pernah nak baca disini PB uploadkan dokumen yang mengatakan Dato Seri Jamil Khir menggunakan duit zakat.





Tetapi MAIWP telah menjelaskan wang zakat yang digunakan telah diselaraskan kembali menggunakan peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk MAIWP atas sebab kesilapan accounting.


Pada perenggan empat jelas menyatakan duit zakat yang digunakan telah diselaraskan dengan peruntukkan dari MAIWP dan telah disahkan oleh Ketua Audit Negara. Jadi sudah tidak timbul Dato Seri Jamil Khir menggunakan duit zakat.


Psssstttt.... Jangan hanya pandai copy paste tapi tak reti baca

- PB -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??