Saturday 24 December 2011

GEMPAR !!! ANWAR YANG DIBICARA SI GAGAP PULAK YANG MINTA NYAWA !!!

Skrip Mintak Nyawa MB Gagap- Penubuhan Pusat Aduan Sisa Pepejal


Khalid Gagap umumkan akan mewujudkan pusat aduan pengurusan sisa pepejal di Selangor tahun depan. Rakyat Selangor boleh buat aduan melalui talian bebas tol.

Projek pertama akan dibuat di MBPJ dengan harapan supaya orang ramai boleh komplen ke pusat tersebut untuk kita tahu berapa peratus dapat diselesaikan.

Mungkin gambar ini punca kenapa MB Gagap mewujudkan pusat aduan. Satu lagi skrip drama mintak nyawa daripada Menteri Besar kebanggaan Pakatan Rakyat. Pusat Aduan tersebut bukan untuk keperluan rakyat tetapi lebih kepada usaha menyelamatkan nyawa politik Adun DAP. Bukan susah nak kita faham tindakan Menteri Besar Selangor.



KGC orang pertama yang membuat aduan tentang pembuangan sisa pepejal yang tidak terurus di Selangor.

Aduan KGC adalah supaya MB Gagap ini menyiasat penglibatan Ahli Majlis Selayang yang terlibat dengan projek pembuangan sisa pepejal di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh. Maklumat yang diterima setiap lori 1 tan yang masuk dikenakan cas sebanyak RM30 dan cas tersebut berlainan mengikut saiz dan kapasiti lori yang masuk.

Sampah-sampah telah dibuang kedalam satu lombong tinggal yang sudah hampir terkambus semuanya. Mengikut maklumat, Ahli Majlis ini mendapat pendapatan lumayan kerana lori-lori yang masuk bukan sahaja daripada Selangor tetapi daripada negeri-negeri yang lain.

Kita andaikan setiap lori di cas RM30 dan sebanyak 100 buah lori 1 tan masuk ke kawasan tersebut untuk membuang sampah. Jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM3000 hanya untuk lori 1 tan. Bagaimana dengan lori-lori lain yang masuk. Berapa jumlah duit tunai yang masuk?

Maklumat yang KGC dapat juga mengatakan bahawa tapak tanah tersebut dicadangkan untuk dibuat tapak perumahan selepas selesai dikambus sepenuhnya.

Fikirkan apa yang akan terjadi kepada pembeli rumah tersebut?

Kalau satu hari boleh dapat RM3000 sebulan berapa agaknya?

Berita BERNAMA menyatakan bahawa:
Sebuah pusat aduan mengenai pengurusan sisa pepejal di Selangor akan diwujudkan tahun depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata melalui inisiatif itu, orang ramai boleh membuat aduan melalui talian bebas tol.
Projek perintis kini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, katanya kepada pemberita selepas meninjau program beli-belah melibatkan warga emas di sebuah pasar raya hari ini. 
Abdul Khalid mengulas rungutan di kalangan rakyat Selangor berhubung masalah sampah tidak diangkat mengikut jadual di sesetengah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.


Sumber : KGC


Psssttt... duit untuk kempen pilihanraya ke Gagap ??? hahahaha... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??