Thursday 26 January 2012

NFC - KETUA AUDIT NEGARA !!! ADA YANG TAK KENA !!! WAJAR KETUA AUDIT DISAMAN ?!!

Kini Giliran Audit Negara Pulak – Ada yang tak kena ni?

Bongkar dan tetap akan dibongkar walaupun ianya syarikat persendirian atau pun milik kerajaan- Ketelusan ini penting untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan masa kini tidak memilih siapa juga dalam hal hal yang melibatkan penyelewengan.

Ada sesuatu yang tak kena dengan Audit Negara – parasit?

Lanjutan dari desakan PERKASA

Malaysia (Perkasa) mendesak Ketua Audit Negara memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.


Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

“Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, ZuraidaKamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.

Sumber KL POS

Apa yang menjadi tandatanya ialah setelah 3 (tiga) bulam NFCorp di aniaya dan ditohmah baharu sekarang Jabatan Audit Negara bersuara. Apa sebenarnya motif mereka mendiamkan diri selama ini?

Kenyataan Ketua Pengarahnya hanya muncul setelah Shahrizat menyaman Rafizi dan Zuraida dari PKR, sesuatu yang agak ganjil dan terus menjadi tandatanya. Mereka cuba melarikan diri setelah melakukan kesilapan besar. Ia memberi ruang kepada pembangkang menyerang Ketua Wanita UMNO seolah Ketua Wanita ini terbabit dalam konspirasi mencuri wang negara. Satu tuduhan liar yang sengaja diangkat untuk mengeliruka rakyat sambil mengiakan tuduhan bahawa BN sebuah kerajaan korup.

Terdapat tanda bahawa wujud komplot tersembunyi yang memainkan peranan untuk memberi bola tanggung kepada PKR. Siapa mereka? Masihkah Najib selaku ketua negara berdiam diri dan memaafkan mereka setelah Ketua Pengarah JPM melakukan kesilapan sebelum ini? Penjawat awam yang tidak setia kepada majikannya (kerajaan) dan menjadi pembelot seharusnya disiasat dan disingkirkan segera. Jangan jadi sejarah kejatuhan Melaka berulang semula.

Carilah Anwarinas dalam Perkhidmatan Awam dan perbetulkan mereka dan jika berdegil singkirkan sahaja kerana mereka bukan untuk membantu membaiki prestasi kerajaan sebaliknya menjadi musuh dalam selimut. Parasit ini bukan sahaja ada dalam PAS tetapi juga dalam UMNO dan jentera kerajaan. Jika tidak diatasi, BN akan ranap disebabkan oleh pengkhianat dalaman setelah penat berjuang di luar.

Ada yang tak Kena

Meragukan jika dilihat apa yang berlaku.

Tiada agenda politik? ”Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan”.

Hmmm pegawai Audit KELIRU? atau sengaja di KELIRUKAN? Adakah ini antara musuh yang terpaksa dihadapi Najib menjelang PRU13 nanti?




2011/10/30
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

Jabatan Audit Negara bekerja tanpa rasa takut

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara bukan semata-mata mencari salah orang lain, sebaliknya memperbetulkan kelemahan dan kesilapan dilakukan mereka yangkurang cekap atau lalai ketika membuat kerja, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang – Kenyataan Ketua Pengarah Audit.

Walaupun tidak takut (kepada siapa?). tidak semestinya berdiam diri selepas melakukan kesilapan besar sehingga merosakkan emej seorang Menteri. Apakah kesilapan ini tidak termasuk istilah “lalai dan kurang cekap” sebagaimana yang beliau ungkapkan?

Kerosakan ini harus dibayar, siapa yang perlu membuat bayaran jika tidak Ketua Pengarah Audit negara sendiri?

Sumber : rmf7


1 comment:

  1. satu penerangan yang baik...memang patut pun ketua audit negara bertanggungjawab, kesilapan yang tidak boleh di maafkan lagi... terlajak perahu boleh di undur...telajak memberi kenyataan, rosak binasa satu organisasi parti.

    mohon link kan blog saya..www.hurairahady.blogspot.com..

    thanks admin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??