Monday 23 January 2012

SELANGOR !!! PESERTA TUTUP AURAT TAK LAYAK JOIN SUKAN !!! EXCO AGAMA DAN EXCO SUKAN TIDUR !!!

Menutup Aurat Tidak Dibenarkan Sertai Sukan Renang Di Selangor ! Tahniah Exco Agama Dan Exco Sukan (PAS) Yang Baru Dilantik !

Menutup Aurat Tidak Dibenarkan Sertai Sukan Renang Di Selangor ! Tahniah Exco Agama Dan Exco Sukan (PAS) Yang Baru Dilantik !

Hari ni aku terbaca satu berita yang sangat tidak sedap didengar. Nampaknya ada pihak yang dengan sengaja cuba mendiskriminasi umat Islam di Selangor. Korang nak tau berita apa ? Jom aku kongsikan dengan korang. Mungkin ada yang terlepas pandang berita dari Utusan ni;


Seorang pengendali sebuah sekolah tahfiz kesal dengan tindakan Persatuan Renang Amatur Selangor yang didakwa tidak membenarkan 10 peserta termasuk empat pelajarnya menyertai hari terakhir pertandingan renang sempena Sukan Selangor (Sukses) atas alasan pakaian mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Pengendali Sekolah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Al-Ijabah, Muhamad Abdullah mendakwa ketika pertandingan itu berlangsung di Pusat Akuatik bermula Sabtu lalu, kesemua peserta terlibat memakai pakaian renang muslim dan muslimah.

“Pada hari Sabtu, para peserta termasuk empat pelajar saya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas nama Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, dibenarkan berenang.

“Tetapi pada hari Ahad, mereka yang berjaya mara ke peringkat seterusnya tidak dibenarkan meneruskan pertandingan atas alasan pakaian renang tidak mematuhi syarat.

Saya kesal dengan pihak penganjur kerana bersikap berat sebelah sedangkan peserta terlibat termasuk pelajar saya bukan tidak memakai pakaian renang, tetapi pakaian mereka menutup aurat,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad memberitahu, insiden tersebut dimaklumkan oleh guru renang sekolahnya, Mohd. Bukhari Ibrahima yang berada bersama pelajar di Pusat Akuatik.

“Saya juga kesal kerana ada ibu bapa peserta renang bawah 12 tahun terpaksa membelikan anak masing-masing pakaian renang biasa yang tidak menutup aurat kerana kasihan mendengar tangisan mereka yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak penganjur dan kerajaan negeri termasuk pemimpin beragama Islam bersikap sensitif dan terbuka berhubung tatacara berpakaian untuk pertandingan renang lebih-lebih lagi melibatkan peserta beragama Islam.

Katanya, sebagai negara Islam, umat Islam sewajarnya diberi kebebasan untuk berpakaian menutup aurat tetapi sesuai dalam menyertai pertandingan dan acara sukan.

“Saya berharap agar peserta yang berpakaian renang muslim dan muslimah tidak dianaktirikan selepas ini kerana sebagai negara Islam, umat Islam perlu diberikan kebebasan untuk mengekalkan dan mempertahankan lunas-lunas agama dalam cara berpakaian,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MSNS, Rohaya Yahya ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan Muhamad dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas memperolehi maklumat mengenai kejadian itu. - Utusan


Apa ni ??? Exco Agama Islam Selangor tidur ke ??? Exco Sukan tak reti buat kerja ke ???

Baru beberapa hari dan tidak sampai sebulan pun, Khalid memegang portfolio agama maruah umat Islam cuba dipijak dengan perbuatan diskriminasi peserta sukan yang menutup aurat.

Bukankah Exco Sukan dipegang oleh ahli PAS. Kenapa ahli PAS sendiri tidak sensitif akan isu ini ? Sanggup bersekongkol dengan memandang rendah peserta Islam yang menutup aurat.

Pada pandangan aku, Exco Agama ni mungkin tak tahu adab dan agama. Manakala Exco Sukan pula tidak sensitif dengan isu sensitive umat Islam walaupun Exco Sukan adalah dari Parti Isle !

Mungkin jika peserta yang ingin ikuti sukan di Selangor perlu berpakaian begini baru mendapat kebenaran dan silap-silap boleh menang dapat no 1.


Atau begini...?

 

Apakah selepas ini Exco Agama akan bertindak mengharamkan menutup aurat di Selangor ???


Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??