Tuesday 24 January 2012

PAS BERPECAH ANGKARA PKR !!! MISI DAP BERJAYA !!!


DAP Tepuk Tangan Bila PAS Selangor Berpecah

DAP Tepuk Tangan Bila PAS Selangor Berpecah,

Pemecatan Dr Hasan Ali daripada jawatan Exco Agama Islam Negeri Selangor dan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri bukan semakin baik.Ketika pengumuman pelantikan exco agama Islam yang baru daripada PKR ,PAS dilihat semakin tidak mempunyai arah.

Bantahan demi bantahan telah berlaku,berdasarkan sumber pergolakan yang besar sedang berlaku didalam parti PAS Selangor. Satu kelompok pada mulanya tidak mempertikaikan Hasan Ali dipecat.

Tetapi apabila pelantikan exco agama Islam diberikan kepada PKR ketika itulah kesabaran mereka sudah hilang.Beberapa PAS Kawasan dikatakan turut menyuarakan bantahan kepada PAS Pusat kerana membiarkan mereka kehilangan jawatan didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

PAS Negeri Selangor bagaikan malukut ditepi gantang apabila sedikit demi sedikit peranan mereka disisihkan daripada arus politik pakatan. Ini kerana dasar politik pakatan yang lebih terbuka dan liberal amat bertentangan daripada perjuangan PAS.

Sebab itulah berlaku pertembungan diantara PAS dan DAP ketika Hasan Ali menjadi exco agama.DAP pula dilihat memainkan peranan yang penting dalam merencanakan percaturan pergerakan PAS .PAS tidak bebas menegakkan hak orang Islam apatah lagi apabila akidah umat Islam terancam.

Kelmarin seluruh negeri Selangor digantung banner bantahan akar umbi PAS mengenai pelantikan exco agama Islam kepada PKR.Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak agar jawatan exco yang menjadi hak PAS dikembalikan.

Sumber : KGC 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??