Wednesday 23 May 2012

LAGI !!! 100 SERTAI UMNO - MAJORITI BELIA NIBONG TEBAL !!!


Seratus penduduk terutama golongan muda di kawasan Kampung Shetu, di sini menyertai Umno selepas yakin hanya parti itu mampu menjamin masa depan mereka.

Ketua Penaja bagi cawangan Jawi C2 66, Elias Omar berkata sebahagian daripada mereka yang menyertai Umno itu adalah anggota parti dan penyokong tegar pembangkang di kawasan berkenaan.

"Mereka ini terutama golongan muda kecewa dengan pembangkang kerana tidak membawa perubahan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Bakap terutama Kampung Shetu ini.

"Malam ini seramai 60 orang telah menyerahkan borang keahlian manakala selebihnya iaitu 40 lagi akan menyerahkannya kepada kami dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, di sini, malam Ahad.

Elias berkata beliau yang turut menyertai Umno semalam yakin parti itu mampu mengubah nasib penduduk di kawasan berkenaan kerana banyak perubahan telah dibawa kepada mereka walaupun kawasan itu diwakili wakil rakyat pembangkang. - BERNAMA







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??