Wednesday, 27 June 2012

SELANGOR BAKAL JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR DALAM TEMPOH SETAHUN SETENGAH !!!



Air.. Air.. Air.. Lagi isu air di Selangor yang wajib dibaca terutama oleh generasi muda.

First of all, aku nak singkap sikit sejarah berkaitan kajian yang pernah dilakukan dulu dan perancangan Kerajaan Pusat bagi mengatasi permasalahan bekalan air mentah di kawasan Lembah Klang.

Sebenarnya, isu bekalan air ini telah dijangka sejak lama dahulu.

Semasa kajian Selangor Water Demand Study yang dibuat pada akhir tahun 80-an oleh EPU, berdasarkan maklumat permintaan dan penawaran (demand and supply) projection masa tu, hasilnya adalah spt berikut :-

1 - Bekalan Air di Selangor, Lembah Kelang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (masa tu Putrajaya dan KLIA tidak termasuk dalam projected demand) akan menjadi kritikal pada tahun 2014. Ini mengambil kira pertumbuhan GDP yang konservatif pada kadar 4% hingga 5%.

2 - Selepas Projek Sungai Selangor Fasa 2 (Kuala Kubu Dam), Selangor tidak mempunyai kawasan tadahan hujan lagi sebagai sumber air dan Pahang Water Transfer adalah sesuatu yang tidak dapat dielakan.

3 - Loji-loji Rawatan Air yang sedia ada perlu ditambah atau dinaik taraf.

Hasilnya adalah Projek Pahang Water Transfer sekarang dan Langat 2 yang telah dipolitikan oleh Kerajaan PR Selangor sekarang tanpa sebarang kajian yang kukuh dan professional.

Apakah kesan dari pembantutan dalam kedua projek ini yang dipolitikkan regimn Khalid Gagap kepada ETP/NKEA ???

Projek Greater KL dan KLFD akan terbantut dan kesannya :-

1 - Anggaran GNI berjumlah RM 200 bilion pada tahun 2020 akan menghadapi masalah, kerana dalam keadaan sekarang pun Syabas telah menolak 129 permohonan kilang-kilang baru.

2 - Kehilangan pekerjaan sejumlah 320 000 org.

Bukan seorang atau dua tetapi ratusan ribu rakyat akan hilang pekerjaan dan peluang pekerjaan baru dan ini merupakan bidang pekerjaan yang highly professional dan seterusnya membantutkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk graduan-graduan kita.

APA ITU PROJEK GREATER KL/KV ???

Greater KL/KV terkenal dimata dunia sebagai salah satu bandar ikonik di Asia Tenggara.

Ia memaparkan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Berkembar PETRONAS, gabungan pelbagai kebudayaan dan warisan yang unik, satu rangkaian jalan yang meluas serta perkhidmatan asas berkualiti tinggi seperti air dan elektrik.

Walau bagaimanapun, ia menghadapi persaingan sengit dari bandar raya jirannya yang lain untuk menarik bakat dan syarikat-syarikat multinasional.

Ia ketinggalan dari segi kesesuaian untuk didiami berbanding bandar raya lain di Asia. Sistem pengangkutan awam masih tidak mencukupi dan banyak aset semula jadi masih belum diusahakan.

Sembilan EPP merentas empat dimensi ini akan mentransformasikan Greater KL/KV.


Akan tetapi, gabungan kesan hasil daripada menarik masuk syarikat dan tenaga mahir global, menghubungkan penduduk, memajukan tempat baru dan menambah baik perkhidmatan adalah lebih besar daripada sekadar penjumlahan mudah sembilan buah projek.

Kejayaan pelaksanaan sembilan EPP ini akan mencetuskan peluang perniagaan dan pekerjaan tambahan di Greater KL/KV yang akan terus meningkatkan daya boleh huni Greater KL/KV dan menjana kenaikan Pendapatan Negara Kasar (GNI).

Tiga peluang perniagaan dan pekerjaan ditekankan di sini.

1 - PUTRAJAYA :-

Kepesatan pertumbuhan Greater KL/KV akan mewujudkan pelbagai peluang untuk mencergaskan semula Putrajaya.

Hari ini, Putrajaya sememangnya sudah mempunyai banyak aspek yang positif, termasuk infrastruktur bertaraf dunia, kawasan hijau yang luas, tepian air dan penduduk yang bekerja pada siang hari.

Akan tetapi, bandar ini ternyata mempunyai kekurangan dari aspek kesegaran dan tidak berupaya menarik aktiviti selain peranannya sebagai pusat pentadbiran negara.

Sebagai permulaan, empat inisiatif disyorkan untuk mencergaskan semula Putrajaya.

A - Berikan wajah baharu kepada boulevard utama.

Sebagai tulang belakang bandar, kedua-dua sisi boulevard sejauh 4.2 kilometer perlu dicergaskan dengan aktiviti yang menceriakan. Kedai runcit, vendor jalanan skala atasan dan premis makanan dan minuman akan dibangunkan di sepanjang boulevard untuk menjana jumlah besar pejalan kaki, yang akan mencetuskan suasana yang hidup di pusat bandar. Selain itu, kawasan awam akan dikhaskan untuk menarik acara luar secara aktif (contohnya, persembahan kesenian, sukan dan seni mempertahankan diri).

B - Memanfaatkan potensi tepian air.

Tepian air tasik semula jadi akan dibangunkan untuk menempatkan pembangunan runcit dan hiburan berskala besar di tepian air (contohnya, taman tema air). Dengan jaraknya yang hampir dengan boulevard, lokasi ini akan dipakejkan untuk menarik kunjungan pelawat dan juga penduduk.

C - Meningkatkan keterhubungan.

Untuk menyediakan hubungan yang efektif dengan Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang, suatu penilaian yang terperinci akan dilaksanakan berkaitan dengan kewajaran perkhidmatan monorel. Dalam tempoh terdekat, jumlah stesen pandu dan rantau (park and ride) akan ditingkatkan daripada sebuah kepada sekurang-kurangnya empat untuk mencakupi titik masuk dan keluar Putrajaya.

D - Menarik aktiviti ekonomi.

Putrajaya perlu memperluas peranannya daripada hanya sekadar sebuah pusat pentadbiran Kerajaan untuk menarik aktiviti ekonomi lain. Satu cara adalah dengan membangunkan sebuah universiti sains politik bertaraf dunia atau institusi pengajian tinggi untuk pelajar dari negara ketiga dan negara sedang membangun. Sebuah kawasan ekonomi akan diwujudkan dengan menggariskan kawasan sekitarnya (contohnya, IOI, Cyberjaya) untuk menarik entiti komersial dengan memberikan insentif fiskal yang menarik dan dasar mesra pasaran yang lain. Perkongsian dengan pemaju terkemuka seperti IOI juga akan diterokai untuk membangunkan plot tanah yang tertentu di Putrajaya.

2 - PERUMAHAN

Greater KL/KV perlu menempatkan 1 juta penghuni baharu pada tahun 2020, dan unjuran penawaran perumahan semasa dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Cabarannya terletak pada penyediaan campuran perumahan yang sesuai, beralih daripada 81% perumahan kos pertengahan pada tahun 2009 kepada 85% pada tahun 2020 sejajar dengan usaha menyokong menaikkan tahap pendapatan penduduk Greater KL/KV.

Pada masa yang sama, dengan jangkaan peningkatan dalam aktiviti ekonomi, akan terdapat peningkatan yang setara dalam kawasan komersial yang diperlukan. 

Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua perkara ini, kita perlulah berhati-hati untuk mengelakkan gelembung harga atau situasi terlebih penawaran.

Pihak berkuasa tempatan yang berkaitan peka terhadap ketidakseimbangan sisi penawaran ini dan kepekaan ini dicerminkan dalam proses kelulusan yang diberikan oleh mereka.

Selain itu, keterlihatan yang lebih baik terhadap penawaran dan permintaan semasa dan unjuran perumahan akan disediakan.

Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC) akan menyediakan data yang dikemas kini setiap tahun, termasuk maklumat tentang penghunian dan jumlah unit yang kosong dalam pasaran sebagai sebahagian daripada Laporan Pasaran Hartanahnya.

3 - PERKHIDMATAN ASAS AIR DAN PEMBENTUNGAN


Mengembangkan ekonomi bandar sememangnya mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap perkhidmatan.

Untuk menjadi antara 20 bandaraya berdaya huni teratas, Greater KL/KV perlu menambah baik sistem air dan pembetungannya bagi memastikan pembekalan perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi.

Dalam aspek pembekalan air, sasaran ini akan dicapai dengan mempercepatkan pembangunan kemudahan rawatan air bagi Fasa 1 dan 2 di Langat 2.

Pembangunan ini sangat penting untuk memenuhi permintaan selepas tahun 2014.

Projek Langat 2 akan meningkatkan kapasiti daripada tahap semasa sebanyak 4,600 juta liter sehari kepada 6,700 juta liter sehari.

Di samping itu, untuk mengasaskan perkhidmatan pembetungan pada pemboleh, usaha akan ditumpukan dalam meningkatkan peratusan penduduk yang dihubungkan dengan rangkaian serantau yang efisien, daripada 71% di Kuala Lumpur dan 18% di Selangor kepada 86% dan 50% masing-masing.

Ini akan menghasilkan peralihan daripada sistem loji rawatan pembetungan (STP) yang kecil dan terpisah yang sering kali tidak mematuhi keperluan alam sekitar.

Pelaburan modal selanjutnya diperlukan untuk menyokong pembersihan dan penaiktarafan 32 STP serantau dan 1,495 STP berbilang tempat yang pada masa ini tidak memenuhi standard kualiti Jabatan Alam Sekitar yang baharu.

Sasarannya adalah untuk mendapatkan 91% daripada kesemua STP dinaik taraf kepada status Kategori 1 pada tahun 2020.

Satu program pemulihan pembetungan juga akan dilaksanakan untuk menaik taraf 346 km rangkaian pembetung yang sedia ada.

Maklumat lebih lanjut berkaitan Projek Greater KL/KV ini, korang boleh rujuk DISINI.

Dengan serba sedikit maklumat berkaitan Projek Greater Kuala Lumpur / Klang Valley ini apa yang dapat disimpulkan adalah Regimn Khalid Gagap tidak pernah buat analisis semasa mengambil keputusan melengahkan projek Pahang Water Transfer dan Langat 2.

Pakatan di Selangor tidak pernah memikirkan tentang permasalahan rakyat kerana yang lebih utama bagi mereka adalah dendam kesumat mereka kepada Kerajaan Persekutuan (BN).

Dengan penangguhan projek Langat 2 dan Pahang Water Transfer ini, rakyat Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya perlulah bersedia untuk hadapi catuan air pada 2014. Bukan lama pun nak sampai 2014, hanya setahun setengah sahaja lagi.

Bukan itu sahaja, malah tokey perniangaan dan perkilangan juga perlu hadapi risiko menutup perniagaan dan kilang kerana tidak dapat meneruskan operasi kerana tiada bekalan air yang mencukupi.

Bila lubuk rezeki tertutup, jangan lah terkejut jika berlaku pemberhentian kerja secara beramai-ramai. Rakyat Selangor, WP KL dan Putrajaya perlu bersedia untuk hilang pekerjaan.

Jika yang sedia ada perlu ditutup inikan pula nak buat pembangunan baru, maka generasi muda yang baru tamat belajar iaitu graduan-graduan muda kita tidak dapat peluang pekerjaan yang sepatutnya menanti mereka hanya kerana masalah air ini.

Jika sebelum ini Selangor, WP KL dan Putrajaya menjadi tumpuan golongan muda merantau untuk membina kerjaya kerana selama ini kawasan ini merupakan lubuk emas bagi anak muda mencari rezeki.

Tidak perlulah terkejut jika selepas tahun 2014... Selangor, WP KL dan Putrajaya akan jadi seperti di Kelantan bila mana anak-anak muda dari kawasan ini mula berhijrah keluar ke negeri-negeri lain mencari rezeki hanya kerana kekangan ekonomi yang diakibatkan oleh kekurangan/ketiadaan bekalan air.

Mengimbas kembali tahun 1998 sekitar awal tahun, pernah berlaku catuan air pada musim komenwell. Aku tak akan lupa kerana aku tinggal di Cheras, Selangor berhampiran dengan kawasan Perkampungan Komenwell.

Masa tu kerana kes catuan air ini telah mengakibatkan wabak penyakit. Kedai-kedai makan dan restoran hanya buka selang 2 hari kerana bekalan air hanya ada selang 2 hari. Malah kilang-kilang juga beroperasi selang 2 hari kerana kekurangan dan ketiadaan bekalan air mengganggu operasi kilang.

Aku serik !!! Korang pula macam mana ??? Sanggup tak nak hadapi keadaan catuan air seperti yang berlaku pada tahun 1998 ???

Fikirlah dan buatlah penilaian anda secara professional...!!!

Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

Sumber : KGC


1 comment:

  1. kalau pun jadi padang jarak padang terkukur itu adalah pilihan rakyat selangor sendiri,

    semua orang kena hormat pilihan dan kehendak ramai sebab kesenangan membuat kita lupa,

    jika berlaku kesusahan masa hadapan itu disebabkan kesilapan masa kini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??