Thursday, 7 June 2012

USAHA KERAJAAN SELARI PEMANTAPAN EKONOMI !!!

NIK AZMAN membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ketujuh dan Sesi Plenari Majlis Profesor Negara (Kluster Ekonomi dan Pengurusan), di Ipoh.


Dakwaan tanggung hutang, bakal muflis tidak benar

IPOH: Malaysia berada pada landasan yang betul ke arah usaha pemantapan ekonomi negara walaupun terpaksa menghadapi saingan ekonomi global.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, berkata setia
p usaha yang dijalankan kerajaan mempunyai kriteria yang membantu memantapkan ekonomi negara.

“Bagi saya, usaha yang dijalankan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah lekang daripada menyampaikan kepada rakyat mengenai kerangka kerja, pelaksanaan dan laporan mengenai usaha kerajaan memperkukuh ekonomi negara.

“Apabila masyarakat antarabangsa melihat negara ini mempunyai perancangan, pelaksanaan dan laporan yang positif, ia menunjukkan komitmen yang baik untuk perkembangan ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ketujuh dan Sesi Plenari Majlis Profesor Negara (Kluster Ekonomi dan Pengurusan).

Hadir sama Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Nor Ghani Mohd Nor.

Noor Azlan yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM berkata, Malaysia antara negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang baik tetapi pada masa sama usaha berterusan perlu dilakukan, termasuk mengenal pasti sumber pertumbuhan ekonomi baru.
“Dakwaan negara kita berdepan bebanan hutang dan bakal muflis adalah tidak benar. Pelbagai agenda dan transformasi sudah dan akan dilaksanakan kerajaan.

“Cuma kita berdepan dengan sedikit ujian apabila pelaksanaan transformasi ekonomi itu terpaksa berdepan dengan krisis ekonomi global yang turut dihadapi seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, penganjuran PERKEM kali ini mendapat sambutan menggalakkan apabila 160 kertas kerja adalah yang paling banyak sepanjang penganjuran persidangan itu.

Persidangan ini adalah acara tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM bertemakan ‘Transformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju’.

Persidangan disertai ahli akademik dan ahli profesional seperti penyelidik, pentadbir, pembuat dasar, kakitangan swasta dan kerajaan serta ahli perniagaan.

Sumber : Bharian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??