Wednesday 6 June 2012

SENATOR AS ANGGAP NAJIB REFORMIS HEBAT !!!

John Mccain

Ahli Senat Amerika Syarikat (AS), Senator John McCain menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang reformis hebat yang sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan antara AS dan Malaysia ke tahap lebih baik.

Perkara itu dinyatakan McCain melalui laman sosial Twitter baru-baru ini selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Najib di Putrajaya bulan lalu.

“Pertemuan hebat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia. Beliau seorang reformis hebat yang sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan antara AS dan Malaysia," katanya menerusi Twitter itu.

McCain yang merupakan Ahli Senat dari Arizona bersama-sama Senator Joseph Liberman dari Connecticut berada di Malaysia dari 30 Mei hingga 1 Jun lalu bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan Perdana Menteri.

Pada pertemuan dengan Najib, McCain turut memuji usaha Perdana Menteri dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan kepada rakyat.

Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.

Beliau yang turut kagum dengan pentadbiran Najib melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??