Tuesday, 12 June 2012

MAT SABUN 121 ITU KOMUNIS - KOMUNIS ITU MAT SABUN 121 !!!


Saat ini soldadu-soldadu pro Mat Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.

Isunya mudah tak perlu berbelit. 

Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan.

Tapi disebabkan perkataan komunis tidak disebut secara nyata dalam ceramah tersebut, maka pihak-pihak tertentu mempunyai sedikit kelebihan untuk manipulasikannya mengikut kepentingan yang diwakilinya.

Hakikatnya, fakta sejarah menjelaskan Mat Indera telah mengetuai segerombolan anggota komunis dan terlibat secara langsung menjayakan serangan ke atas Balai polis Bukit Kepong juga dikenali sebagai Rumah Pasung.

Manakala Mat Sabu secara sedar menyebut dan menerima serangan yang diketuai oleh Mat Indera komunis itu sebagai tindakan betul dan dianggap sebagai wira kemerdekaan. 

Manakala anggota polis yang mempertahankan Balai Polis tersebut ditakwilkan konon berada di pihak yang salah. 

“Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup".

"Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British".

"Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011).

Ringkasnya kenyataan Mat Sabu bermaksud seperti berikut;-

- Mat Sabu mengakui Mat Indera adalah ketua penyerang Bukit Kepong.

- Penyerang Bukit Kepong (yakni komunis) adalah pejuang kemerdekaan.

- Filem Bukit Kepong mengangkat polis sebagai hero.

Sementara realiti sejarah membabitkan Mat Indera pula ialah;-

- Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

- Mat Indera adalah pemimpin kanan dalam Regimen ke-10 Komunis.

- Ribuan orang Melayu Islam dan Cina menjadi mangsa keganasan komunis.

- Ideologi komunis menolak ketuhanan, manakala agama dianggap sebagai candu kehidupan.

- Komunis di Tanah Melayu bermatlamat mendirikan Republik Komunis seperti republik komunis Soviet Union dan negara Cina.

- Selepas kematian Mat Indera, komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah tiada di Tanah Melayu.

Di bandingkan semua point di atas, kesimpulannya Mat Indera adalah salah seorang yang memegang kepercayaan pada ideologi komunis.

Malah dalam buku tulisan bekas ketua komunis Melayu, Abdullah CD "Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua)" secara jelas menyebut Mat Indera adalah salah seorang pemimpin kanan dalam pasukan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Sekalipun ada cerita mendakwa Mat Indera adalah seorang yang alim, bukanlah satu kekecualian untuk memaafkan kekejaman komunis yang diketuai oleh Mat Indera sewaktu serangan ganas mereka di Bukit Kepong.

Lagipun, alim atau ulamanya seseorang, tidaklah pula menyebabkannya kebal dari gangguan iblis dan syaitan yang sentiasa menyeru kepada kejahatan.

Bukankah ada kisah seorang alim akhirnya masuk neraka dek kerana teruja melihat sang iblis yang menyamar sebagai alim yang khusyuk beribadah kepada Allah s.w.t?




1 comment:

  1. Hindu tua biasa la..bila kena gertak terus ketaq lutut....entah ckp melayu pun x berapa nak reti....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??