Wednesday 13 June 2012

TERIMA KASIH !!!



Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera... Salam 1Malaysia....


Sedar tak sedar, dalam pejam celik pejam celik.... I4TT telah pun berusia setahun pada 2hb June yang lalu.


Asalnya, I4TT adalah sekumpulan sahabat alam maya yang sering melakukan kerja-kerja research berkaitan teknikal yang mana hasil perbincangan kami dikeluarkan melalui blog Pejuang Bangsa 57 dan juga sebuah lagi blog yang dah hilang.


Ahli kumpulan kami terdiri daripada pelbagai latar belakang profession antaranya Bekas Ketua Jurutera, Economist, Business, Guru, Doktor, Peguam, Geologist, Food Technologist dan lain-lain.


Kekurangan kami cuma ahli dari latar belakang profession perakaunan sahaja.


Pada ketika itu, kumpulan 4 Justice juga sedang hangat menjadi bualan dalam kes Allahyarhammah Sosilawati.


Bezanya kami I4TT tidak menonjol kerana kami hanyalah gerakan bawah tanah yang menyediakan fakta sahaja.


Dari pergerakan inbox FB, dengan hanya beberapa ahli sahaja kemudian kami berkembang dengan teknologi terkini di FB yang menyediakan "Group FB".


Kumpulan kami berkembang dengan lebih ramai tenaga mahir yang pakar di bidang masing-masing.


Sehingga hari ini I4TT terdiri dari 79 individu dari kalangan profesional dan juga blogger-blogger dan juga facebooker.


I4TT hanyalah sebuah group yang hang-out di FB untuk perbincangan serious isu-isu semasa yang membabitkan technical matters.


Ketika isu Lynas sedang hangat diperkatakan, sekitar Mei 2011, atas perbincangan bersama, maka info4thetruth.blogspot.com tertubuh.


Tujuan asalnya, hanyalah untuk menerangkan tentang isu Lynas yang telah dimanipulasikan oleh puak-puak pencacai pakatan haram.


Kebelakangan ini I4TT banyak mengeluarkan article didalam Bahasa Inggeris dan ramai juga sahabat-sahabat I4TT yang bertanya.


Sebenarnya, diawal penubuhan blog ini lagi, I4TT memang mengeluarkan article dwi bahasa.


Ada yang bertanya, kenapa I4TT ada logo Nadi Rakyat...


Aku selaku penggerak utama I4TT adalah salah seorang penggerak Nadi Rakyat juga dan semua author blog I4TT juga adalah Nadi Rakyat.


I4TT tidak bernaung dibawah Nadi Rakyat tetapi I4TT berkolabrasi dan bersahabat baik dengan Nadi Rakyat.


Senang cerita I4TT bersahabat baik dengan semua orang termasuk sahabat lama yang sama berjuang dialam maya dizaman reformasi iaitu MyKMU yang pada ketika itu dikenali sebagai forum.kmu.net.


Ada juga UMB dari Selangor yang bersama I4TT dalam kerja research tapi tidak kendalikan blog yang mana sekarang kami sedang fokus kepada isu air Selangor.


Oleh kerana penulis-penulis di Blog I4TT ini bekerjaya dan busy, kami hanya menulis bila ada masa terluang.


Sebab itu, baru hari ni aku ada masa untuk menulis article ni.


Bagitulah serba ringkas tentang apa itu I4TT atau INFO 4 THE TRUTH.


Sepanjang setahun perjalanan blog ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada penanung kumpulan I4TT iaitu, Uncle Fuad Omar dan semua team I4TT yang sentiasa memerah otak dalam merungkai fitnah dan auta pembangkang.


Aku ingin berterima kasih kepada semua author blog I4TT yang memberikan komitmen sebaik mungkin mengupdate blog.


Perhargaan buat semua adik beradik Nadi Rakyat, AAKJ.com, Papa GomoPas Beruk, Paper Waris, Mamluk Qalawun (penulis I4TT), Badut Rakyat, Wadah Kelana Jaya, Afiq KLTown, Jentera PAS, Wan Motor dan Padi Jantan.


Terima kasih juga buat Sahabat perjuangan seawal zaman reformasi, MyKMU.net.


Terima kasih juga buat semua sahabat-sahabat blogger yang aku kenali in person atau sekadar di alam maya atas segala perkongsian dari korang dan juga berkongsi dari I4TT. Terlalu ramai untuk aku sebut satu-persatu (check blog list kat sebelah kiri blog ni).


And last but not least, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog I4TT yang sudi mengklik blog I4TT dan meluangkan masa membaca pengisian blog I4TT.


Terima kasih juga kepada pembaca yang meninggalkan komen (postive, negative dan provocative).


Atas usia I4TT yang telah setahun, maka lay out blog ini aku tukar kepada yang baru sepertimana yang korang tengok sekarang ni.


HAPPY BIRTHDAY I4TT !!!


Wassalam
- Master Admin -

2 comments:

  1. komen selalu nya mantap sekali
    SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA
    TEGAHKAN KEBENARAN DAN JUJUR DI BERKATI ALLAH...AMIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??