Friday, 8 June 2012

OPERASI PENYAMUN TARBUS BERJALAN LAGI DI SELANGOR !!!


Gempak sekejap kat Selangor ni bila pelajar tahun pertama dibekukan pinjaman PTPTN mereka. 

Ada bagusnya juga tindakan demikian.

Yang bagusnya, langkah ini dapat menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia siapakah Pakatan Haram yang sebenarnya.

Dimanakah laungan pendidikan tinggi percuma yang sering dilaungkan oleh Pakatan Haram di Selangor yang sebelum ini beria-ia mahu menghapuskan PTPTN ???

Bukankah Selangor adalah antara negeri termaju dan terkaya di Malaysia ni ??? 

Kenapa Khalid tidak mampu memberikan pendidikan percuma seperti yang dicanangkan ???

Dari pemerhatian aku, langkah PTPTN yang membekukan bantuan pinjaman PTPTN ini telah membuktikan bahawa Pakatan selama ini hanyalah sekadar menipu rakyat !!

Laungan memansuhkah PTPTN dan pendidikan percuma hanyalah sekdar "retorika politik" pembangkang. 

Jelaslah disini, mereka yang berhimpun dalam "Occupy Dataran" untuk menghapuskan PTPTN baru-baru ini sekadar alat pemuas nafsu politik pembangkang.

Bodohnya student kita yang gila berhimpun di Dataran Merdeka sebelum ni !!!

Tetapi, yang lebih besar dari itu pula yang dilihat oleh Khalid Gagap.

Pembekuan PTPTN ini, sebenarnya telah membuka ruang dan peluang kepada Regimn Khalid untuk menggadai saki-baki khazanah Kerajaan Negeri !!!

Agak tertarik dengan berita yang aku baca di Utusan Online ni;

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.
“Kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Unisel yang teraniaya ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan PTPTN kepada pelajar universiti tersebut.
“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil daripada usaha itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yang aku highlightkan diatas tu, yang mana dipetik dari Utusan Online betul-betul menarik perhatian aku !

Selangor bukan lagi Kerajaan Negeri tetapi kearah Syarikat Korporat !!!

Kemana perginya hasil Kerajaan Negeri ?? 

Persoalan ini patut kita fikirkan bersama wahai rakyat Selangor.

"Round Tripping Exercise" Khalid kini kepada aset UNISEL yang diperolehi secara percuma dari Kerajaan BN yang memerintah dahulu.

Mengikut rekod pada tahun 2010 pendaftaran pelajar baru menurun dan angkanya sekitar 400 orang sahaja. 

Khalid menganggarkan pendapatan dari hartanah UNISEL ini mampu memperoleh sekitar RM30 juta.

Kalau ikutkan 2012, pasti lagi kurang pelajar baru. 

RM30 juta untuk kurang daripada 400 pelajar ???

Hebat cara kira-kira Khalid ni !!!

Agak pelik cara kira-kira Khalid ni, untuk kurang dari 400 orang pelajar baru UNISEL sampai 200 hektar tanah diperlukan.

Mana hasil pasir Selangor ??? 

Yang terbaru ni pula... mana hasil tanah liat Selangor ??? 

Tanah dah korek sebesar 3 padang bola tapi aset UNISEL pula yang nak digadai !!!

Yang jelas disini, situasi ini telah membuktikan bahawa Pakatan Haram di Selangor hanya pandai berjanji, laungan sekadar retorik politik dan yang terpenting mereka ini penyamun tarbus !!!

Fikir-fikirlah wahai rakyat Selangor semua. 

Ini kah corak pemerintahan yang korang nak dijalankan di Selangor ??? 

Jom ubah PRU 13 ni !!!

Sayangi Selangor, Yakini BN !!!


Sumber : KGC





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??