Sunday 8 July 2012

HAH CONFIRM !!! SAIFUL DILIWAT ANWAR ?!!


Dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kenyataan penghakiman yang dikeluarkan adalah seperti berikut: 

“Kami menemui bukti yang mengesahkan bahawa tertuduh benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya yang kejadian di Tivoli Villa benar-benar berlaku….” 

Dalam kes liwat 2 pula, kenyataan penghakiman telah menerima keterangan berlakunya penetrasi dubur Mohd Saiful Bukhari dan menemui sperma ‘lelaki Y’, namun disebabkan tiada bukti sokongan ia tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Ni belum lagi masuk kes anak Anwar yang pernah buat pengakuan perlakuan ayahnya sendiri. Bukan Afifah tetapi Ehsan.. (KLIK SINI)

Difahamkan juga Ehsan adalah sahabat kepada Saiful.

Sekadar mengingatkan pembaca, ‘DNA lelaki Y’ telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar yang didapati dari bahan-bahan yang digunanya dan kemudian dibuang, di lokap polis. 

Anwar dan penyokong-penyokong boleh meraikan ‘kejayaan’ mereka dalam kes ini. 

Tetapi hakikat bahawa Saiful Bukhari telah diliwat pada waktu di mana beliau dan Anwar berada di dalam bilik yang sama dan berdua-duaan, mengikut bukti rakaman CCTV dan keterangan saksi, tidak boleh disangkal sama sekali

Lagipun, jika Anwar baru pertama kali ditangkap, mungkin alasan ‘keraguan’ boleh diterima sebagai beliau tidak bersalah. 

Tetapi ini adalah kali kedua, di mana pada kali pertama ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual atau meliwat, maka menolak bahawa Anwar bersalah atas alasan ‘terdapat keraguan’ sudah tidak boleh diterima lagi.

Itu belum lagi dikira dengan hujah peguam Anwar yang menekankan soal ‘liwat suka sama suka’ dan bukannya ‘Anwar bukan peliwat’.

Pendek kata, selain dari sampel yang dikatakan dibuka oleh pegawai penyiasat dan diragui oleh hakim, segala bukti dan saksi termasuk hujah-hujah peguam Anwar sendiri, teks pembelaan diri yang dibaca Anwar, sikap Anwar, orang-orang kelilingnya, sejarah dan perkembangan semasa dirinya dan semua dan segala-galanya menjurus kepada satu fakta iaitu, Anwar seorang peliwat. 

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar telah bebas, walau atas apa jua alasan, maka beliau berhak meraikannya. 

Dan inilah yang dihairankan iaitu entah kenapa kita melihat seolah-olah orang-orang kuat Anwar sendiri tidak begitu gembira malah agak marah dengan keputusan ini. 

Majlis keraian yang kita jangkakan pastinya amat meriah, tidak berlaku.

Sebaliknya, Azmin, misalnya, kelihatan agak marah selepas keputusan diumumkan. 

Mungkin beliau marah kerana gagal membuktikan mahkamah tidak adil. 

Wan Azizah pula kelihatan memberi senyum yang dibuat-buat ketika memeluk Anwar, sebagai syarat. 

Atau mungkin keluarga dan sahabat-sahabat Anwar ini marahkan hakim kerana menggagalkan rancangan mereka untuk merusuh besar-besaran, dan tidak mustahil juga mereka marahkan diri sendiri kerana gagal menyingkir Anwar.

Sedarkah kita bahawa, jika dulu penyokong-penyokong Anwar di Malaysia terdiri dari mereka-mereka yang benar-benar percaya beliau tidak bersalah, tetapi kini, penyokong-penyokong Anwar terbahagi kepada dua golongan:

Satu, golongan yang benar-benar benak dan taksub mempercayai Anwar tidak bersalah dan suci bersih. 

Dan dua, golongan LGBT dan penganut fahaman plural yang cukup maklum akan selera dan perjuangan Anwar untuk meletakkan hak mereka di negara ini.

Seimbas pandangan, kelihatannya golongan kedua adalah lebih ramai di dalam kumpulan penyokong Anwar hari ini, berbanding golongan pertama. 

Kerana itu, ceramah-ceramah Anwar tidak mendapat sambutan seperti dahulu.  

Jika mendapat sambutan pun, ia adalah kerana ramainya penyokong-penyokong PAS yang buta tuli dan sanggup datang memberi sokongan kepada Anwar demi PAS dan Islam, kononnya lah kan... 

Dalam kesesatan mereka, mereka boleh bertakbir semahunya ke atas Anwar dan boleh bersolat hajat sebanyak mungkin. 

Namun, hakikat bahawa penetrasi berlaku dan Saiful telah diliwat oleh Anwar tidak boleh disangkal. 

Anwar dihantui oleh hakikat ini sehinggakan matanya semakin cengkung akibat tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana Anwar tahu mahkamah dunia mungkin boleh dikelirukan, tetapi mahkamah akhirat tetap menunggunya. 

Mungkin kerana itu, Anwar sudah mula bercakap soal persaraan dan kita pasti ini akan melegakan orang-orang sekelilingnya yang sudah letih menangani karenahnya yang gila seks dan gila kuasa. 

Lebih lama Anwar berpolitik, lebih banyak skandal bakal terdedah atau bakal diciptanya di kemudian hari…

Contoh :













1 comment:

  1. Saya percaya dan tentu semua penyokong2 tegar dan penjilat2 Anwar turut menyokong sama, untk mengenang jasa budi Anwar Zionist yg tak terhingga terhadap Hak2 Asasi Gay2 Sedunia dan tumbuhnya klub2 Gay bagaikan cendawan tumbuh setelah hujan, Jalan Hj Taib, patut ditukarkan kepada Jalan Anwar AlJubori dan Jln Haji Taib 2 ditukarkan kepada Jalan Mat Sabun Burit. Inilah untk mengenang jasa budi pemimpin Fuckaton haramjadah. Setuju tak pencacai2 najis BABI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??