Wednesday 18 January 2012

A MUST WATCH VIDEO !!! ROMBAKAN EXCO SELANGOR !!! PAS MELUKUT TEPI GANTANG !!!


Khalid ambil alih portfolio Hal Ehwal Islam Selangor


Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam satu rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Perubahan portfolio itu berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus hari ini sebagai Exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS dua minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai ahli Exco Selangor di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini. Beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Hasan Ali sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Hasan Ali dipecat PAS dua minggu lalu kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Dalam sidang akhbarnya, rombakan portfolio itu bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada rakyat.


Jom ikuti berita Nadi TV (WAJIB TONTON),





1 comment:

  1. Dimanakah keadilannya?Patutnya bagi aku homo cun ni pegang jawatan tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??