Friday 26 May 2017

Pencapaian NTP Bukti BN Buat Kerja, Bukan Berpolitik Sahaja Macam Pembangkang



23 Mei 2017 lepas, kerajaan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016.

Fakta dalam laporan itu adalah bukti kerajaan BN hanya fokus berbakti dan bekerja untuk rakyat. Selama 6 tahun BN secara istiqomah membentangkan laporan ini kepada rakyat secara telus dan terus kepada rakyat.
Datuk Seri Najib mengambil langkah berani dan tepat bila berjaya membawa Malaysia keluar daripada Global Economic and Financial Crisis pada tahun 2009. 

Berbeza dengan pembangkang yang sejak dulu kerja mereka asyik mencari salah dan membuat provokasi sahaja. Kini pun, kalau ikut  logik negara gagal dan bankrup mereka, Malaysia tidak akan mencapai pertumbuhan 5.6% pada suku pertama tahun 2017.

Walaupun menguasai dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor, ada pernah kerajaan mereka membentangkan laporan prestasi yang terperinci sebegitu? Tidak ada.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) telah berjaya mencatat pencapaian tinggi iaitu 122 peratus dalam Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan tahun lepas.

Sejak 2010, laporan berkenaan menunjukkan kerajaan berbelanja RM1.9 bilion ke atas bidang NKRA, LIH dengan tujuan membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan tegar.

Bukti BN buat kerja ialah dari paras kemiskinan 3.8 peratus pada 2009, bidang NKRA itu telah menyaksikan penurunan paras kemiskinan kepada 0.6 peratus pada tahun 2014. 

Lagi bukti BN berjaya ialah dari tahun 2010 hingga 2015, kampung-kampung di luar bandar mengalami pembangunan yang hebat apabila di sana kini sudah mempunyai akses jalan raya yang baru dan dinaik taraf sepanjang 5,286.25km memberi kesan kepada 2.71 juta rakyat Malaysia.

Sebanyak 1.7 juta lagi rakyat Malaysia kini sudah menikmati bekalan air bersih yang meliputi 345,665 isi rumah di seluruh Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Di Pulau Pinang di bawah Kerajaan Negeri DAP, rakyat terpaksa meratap sedih apabila surcaj pemuliharaan air (SPA) dinaikkan pada April lepas. Naik buat kali keempat sejak DAP memerintah. 

Di Penang juga adalah sesatunya tempat dalam dunia, yang mana mengenakan caj parking pada waktu malam. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga mengenakan macam-macam jenis cukai untuk mengumpul duit untuk kerajaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng termasuk pengenalan cukai katil, plastik 20 sen dan akhirnya membazir duit rakyat berjuta juta buat kajian terowong yang tidak jadi pun.

DAP yang memerintah Pulau Pinang sibuk mempertahankan Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa menggunakan kedudukannya membeli rumah banglo dengan harga jauh lebih murah dari pasaran. Walaupun sudah berdepan tuduhan mahkamah, Guan Eng enggan meletakkan jawatan.

Di Penang dan Selangor, biarpun rakyat tidak memilih BN sebagai kerajaan negeri namun sebagai kerajaan pusat, Barisan Nasional telah melaksanakan 271 projek bernilai RM1.41 billion di Selangor. Manakala di Penang, sejumlah 209 projek bernilai RM2 billion. 

Kerajaan PKR Selangor tidak perlu berbanggalah bagi bonus dua bulan gaji hanya kepada 17,500 kakitangan sahaja, di Putrajaya dan seluruh negara, kerajaan BN belanja RM76 billion setahun untuk emolumen kakitangan awam. Lebih besar nilainya. 

Azmin Ali urus Persatuan Bolasepak Selangor pun tidak boleh. Bila ditekan soal tunggakan gaji, Azmin terus jadi pening dan meletak jawatan. Hanya selepas pengurusan baru ambil alih barulah masalah gaji pemain Selangor selesai. 

Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M yang diberi oleh kerajaan BN sejak 2012 hingga kini telah berjumlah RM31.4 billion secara keseluruhannya. Rakyat Selangor adalah penerima teramai. Rakyat  Penang pun dapat juga. BR1M telah memanfaatkan 4.7 juta  isi rumah dan 2.7 juta orang individu bujang.

PKR yang menguasai Selangor hanya sibuk mahu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. Mereka hanya fikir kebajikan Anwar sahaja bukannya rakyat secara keseluruhannya.

Bertukar MB, berukar parti dari PAS kepada PAN dan kemudian bergaduh pula sesama parti yang membentuk kerajaan negeri. Akhirnya apa hasilnya pada rakyat?

Mereka masuk politik kerana mahukan kuasa kepada diri dan gaji sahaja. Sebab itu dapat bonus 2 bulan setengah pun termasuklah Exco dan MB sekali. Hal jalan berlubang, denggi, hal tanah Wetland, hal sampah, krisis air dan isu isu rakyat lain tidak pun diendah oleh kerajaan PKR-DAP di Selangor.

Jauh beza dengan kerajaan BN, sehingga Mac 2017, sejumlah 83% manifesto kerajaan BN telah ditunaikan kepada rakyat. BN bukan sekadar berjanji tetapi memenuhi janjinya kepada rakyat. Hampir dengan PRU14 ini, adalah dengar nanti janji-janji baru Pakatan Harapan. 

Janji yang dahulu masa PRU12 dan PRU13 di Selangor dan Penang bagaimana? Berapa peratus sudah ditunaikan? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??