Tuesday, 19 June 2012

APA AKAN TERJADI PADA 16 SEPTEMBER 2012 ?!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, hari ini.

Najib berkata para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.

"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.

Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan "bermacam-macam tuduhan" terhadap kerajaan BN "tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997".

"Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan...saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam kabinet pada waktu itu.

"Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.

"Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita...jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita," katanya.



- BERNAMA





1 comment:

  1. salam perjuangan
    Mohon bertapak dan berjuang dipautan blog terhebat ini.
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??