Wednesday 15 May 2013

KHALID GAGAP MELUTUT PADA SULTAN SELANGOR !!!


Memang terbaik apa yang berlaku semalam di Balai Rong Seri Istana Alam Shah Klang...


Kenapa aku kata terbaik, pasal istiadat tu betul-betul dibuat dengan mengikut istiadat raja-raja melayu...

Dengan tangan memegang tombak, khalid membaca ikrar taat setia kemudian melutut di hadapan rajanya sambil bersumpah bahawa dia akan menjaga agama Islam dan ketuanan orang melayu di selangor...

Takkan istiadat melayu pun orang nak kata rasis kut...

Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 akujanji jawatan Menteri Besar untuk dilaksana sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Akujanji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

Menteri Besar juga berjanji memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan Persekutuan dan negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.

Lagi story dan gambar KLIK SINI lah...


** DAULAT TUANKU !!! **


4 comments:

  1. Menarik tertarik....

    ReplyDelete
  2. Kalau MB ingkar titah perintah Tuanku dan sumpah akujanji yang dibuat ... kita pancung kepala dia.

    ReplyDelete
  3. Lagi cantik kalau khalid kena lompat katak sambil tangan diangkat keatas menjunjung tombak.....Aku MB selangor!!!!

    ReplyDelete
  4. Khalid kna jaga hubungan baik dgn fed gov. Maknanya gagap x leh galak atau anjur himpunan haram. Gagap kna bg kerjasama buat langat 2 dam. Sultan Selangor mmg bijak dlm mnjga kpntgan rakyat jelata. Daulat tuanku!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??