Wednesday, 21 May 2014

#PRKBukitGelugor: ABU BACKER RETAK PINGGANG KERANA DIREMPUH, MEREMPUH ATAU DITOLAK ?!!


Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan disahkan mengalami keretakan di pinggang kanannya.


Jurucakap pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang berkata, Abu Backer masih belum sedarkan diri.

“Dia masih di bawah pengaruh ubat bius dan belum sedar lagi.

“Pembantu peribadinya (Hafiz) meminta supaya Abu Backer dihantar ke Pusat Rawatan Gleneagles apabila beliau sedar nanti ,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita, petang Selasa.

Abu Backer mengalami kecederaan tersebut apabila beliau merempuh kenderaan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang enggan bertemu dengannya di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Beliau yang menunggu sejak pukul 12.30 tengah hari itu bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang.

Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak ‘merempuh’ kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.

Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light. – mStar Online

Berikut video insiden tersebut:



Dirempuh, merempuh atau ditolak ???


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??