Thursday 29 May 2014

RAJA NAZRIN SHAH KINI BERGELAR DYMM PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDIN SHAH !!! DAULAT TUANKU !!!


Baru sebentar tadi, Istiadat Permasyhuran Sultan Perak yang ke-35 berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar.


Selain dari kerabat dan rakyat jelata, turut mengambil tempat ialah Raja-Raja Melayu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak.

Selepas Dewan Negara Perak bersidang lewat petang semalam, Dewan Negara Perak memutuskan Raja Muda Perak menaiki Takhta sebagai ganti Sultan Perak ke-35.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak menggantikan ayahanda Baginda, Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28hb Mei 2013.

Dalam lafaz sumpah, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah:

“Bismillahirrahmanirrahim… adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah.”

Istiadat disempurnakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Besar Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !


[ SUMBER ]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??