Saturday 24 May 2014

#PRKTelukIntan: REKOD PERKHIDMATAN MAH TIDAK DAPAT DINAFIKAN PENDUDUK !!!


Calon BN bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, petang tadi mengadakan lawatan mesra di sekitar Sungai Nibong dan Peti Daerah Mengundi Sungai Nibong. 



Dalam lawatan sepetang tersebut beliau sempat mendengar masalah penduduk setempat dan beramah mesra dengan pengundi yang menunggu untuk berjumpa beliau secara bersemuka.

Antara yang turut hadir ialah seorang ibu muda bersama bayi yang baru dilahirkan. 

Beliau merasa teruja untuk membawa bayinya berjumpa Mah, yang suatu ketika dulu pernah menyumbang bakti sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Mah juga mendengar beberapa masalah setempat membabitkan masalah banjir setiap kali air pasang dan keadaan jalan yang teruk.

Selain berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut sekiranya terpilih, Mah turut menyatakan bahawa beliau hanya boleh menawarkan khidmat bakti dan berharap pengundi membuat keputusan atas faktor tersebut bukannya faktor usia.

Mah percaya sebahagian besar penduduk di Teluk Intan telah mengetahui rekod perkhidmatan beliau sebelum ini dan boleh menilai sama ada beliau seorang yang bercakap kosong atau menunaikan janji.

Cerita penuh dan gambar: KLIK SUMBER


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??