Saturday, 24 May 2014

TAK ADA DUIT BELI #PLUS ?!! WAYANG APAKAH YANG DIMAINKAN NI ?!!


Menurut maklumat terbaru, Tan Sri Halim Saad dan Idaman Saga Sdn Bhd sedang kuat melobi untuk pengambil alihan PLUS biarpun beberapa pihak mula mempertikai motif syarikat terbabit. 


Rasa sangsi dan syak wasangka tidak dapat dielakkan apabila dokumen cadangan pengambil alihan yang dibocorkan kepada media lebih merupakan janji-janji manis mengurangkan kadar tol, mengurangkan bebanan kerajaan dan juga menetapkan kadar tol yang tetap.

Tindakan ini tampak seolah-olah ada agenda untuk memandu persepsi awam mendesak kerajaan menerima cadangan Idaman Saga ini biarpun mereka tidak memberi sebarang indikasi mengenai harga pengambil alihan dan proses mengumpul dana bagi tujuan pembelian.

Jika dilihat trend syarikat ini sejak 5 tahun kebelakangan ini ternyata mereka lebih kepada menjadi syarikat korporat yang mengejar publisiti berbanding menjalankan perniagaan.

Sebelum menggunakan Idaman Saga, Tan Sri Halim menggunakan Jelas Ulung Sdn Bhd pada tahun 2009 mencadangkan pengambil alihan PLUS dengan janji-janji yang hampir serupa. 

Namun Jelas Ulung gagal menyediakan deposit awal RM50 juta dan bukti memiliki dana bagi tujuan pembelian.

Setelah senyap seketika Tan Sri Halim muncul dengan Idaman Saga Sdn Bhd. 

Idaman Saga mengumumkan kerjasama dengan KUB Berhad untuk membeli Francais Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia. 

Bagaiamanpun cadangan pembelian KFC dan QSR beberapa tahun lalu ditolak.


Kulim Bhd. (Kulim) pemegang saham majoriti di dalam QSR Brands (QSR) dijangka menolak tawaran tokoh koporat tempatan Tan Sri Halim Saad melalui Idaman Saga Sdn. Bhd. (Idaman Saga) untuk mengambil alih perniagaan miliknya. 
RHB dalam nota penyelidikannya berkata, penolakan itu disebabkan penilaian yang rendah terhadap harga tawaran bagi pengambilan alih itu sebanyak RM5.60 sesaham atau RM1.6 bilion. 
Firma itu berkata, berdasarkan tawaran harga RM5.60 sen itu, penilaian saham KFC Holdings dibuat pada harga RM3.23 iaitu mewakili nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 14.4 kali pada pendapatan sesaham (EPS) pada tahun kewangan 2011. 
Ia mengikut andaian bahawa nilai QSR termasuk anggaran sebanyak RM306 juta untuk perniagaan Pizza Hut.

Tawaran yang rendah dan tindakan Idaman Saga mengadakan kerjasama dengan KUB, bukannya mengemukakan cadangan pengambil alihan secara bersendirian memberi persepsi bahawa ia tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh untuk membiayai pembelian KFC secara bersendirian.

Jika ia tidak berupaya mengambil alih KFC secara bersendirian, apakah ia mempunyai kemampuan kewangan mengambil alih PLUS yang jauh lebih mahal asetnya ?

Justeru sebelum kerajaan mempertimbangkan cadangan Idaman Saga, atau sebelum kita mahu mengangkat cadangan tersebut sebagai sangat menarik, kedudukan kewangan dan kestabilan Idaman Saga harus dinilai secara serius terlebih dahulu.

Kita khuatir pengambil alihan ini akan menyebabkan aset-aset hartanah PLUS akan dicagarkan bagi membiayai pengambil alihan tersebut dan akhirnya boleh menyebabkan PLUS tergadai jika syarikat ini gagal kemudiannya.

Akhirnya, ia akan kembali bebanan kewangan dan politik kepada kerajaan jika terpaksa “bailout” pada masa akan datang.


Nota Kaki: Ada “burung kecil” memberitahu penulis bahawa beberapa bulan lalu Idaman Saga Sdn Bhd gagal menyediakan deposit sekitar RM 90 juta bagi pembelian sebuah IPP milik YTL Corporation biarpun syarat-syarat jual beli telah dipersetujui dan dimuktamadkan.



[ SUMBER ]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??