Tuesday 13 May 2014

POLITIK TERENGGANU: 2 ADUN NAFI KELUAR UMNO JADI YB BEBAS !!!


Keadaan politik Terengganu agak kecoh sejak semalam bilamana ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan Perdana Menteri melantik Menteri Besar yang baru.

Rujuk ARTIKEL sebelum ini.


Berikutan itu, Ahmad Said bersama ADUN Ajil dan ADUN Bukit Besi telah meletakkan jawatan serta merta dan bertindak keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Terdapat juga perkhabaran bahawa 3 lagi ADUN akan turut sama berbuat demikian namun 2 daripada mereka telah membuat penafian.

Berikut SUMBER yang dipetik;  


Ahli Dewan Undangan (ADUN Bandar Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafie dan ADUN Kemasik, Rosli Othman menafikan khabar angin akan keluar UMNO dan Barisan Nasional mengikut jejak langkah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.
Sehingga jam 10 pagi tadi, 3 ADUN BN isyitihar keluar UMNO dan jadi wakil rakyat bebas. Nama kedua-dua ADUN ini disebut-sebut akan mengikut jejak langkah Ahmad Said meninggalkan UMNO dan BN bagi mewujudkan satu kumpulan kuasa baru dalam DUN Terengganu.

Kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah, Barisan Nasional kini menguasai 14 kerusi daripada 32 kerusi, PAS memiliki 14 kerusi, PKR (1) dan Bebas (3).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??