Monday 26 May 2014

#PRKTelukIntan: VIDEO HASRAT CALON BN KEPADA WARGA TELUK INTAN !!!


Datuk Mah Siew Keong, calon Barisan Nasional telah menyatakan hasrat dan manifestonya buat rakyat Teluk Intan.


Janji-janji yang dibuat oleh Datuk Mah, bukanlah jenis janji bulan dan bintang.

Ini adalah kerana Datuk Mah sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama 10 tahun dan terbukti banyak khidmat bakti beliau dan juga perubahan yang dibawa beliau dalam Teluk Intan.

Selepas kerusi Parlimen diambil alih oleh pembangkang, tiada satu pun pembangunan yang dibawa ke Teluk Intan dan tiada perubahan.

Manoharan, bekas Ahli Parlimen DAP pada penggal yang lalu hanya ghairah berdemonstrasi isu-isu seperti Interlok.

Sehinggakan penduduk waktu itu berkata, "kalau nak tengok Ahli Parlimen kita, tengok ajelah kat TV masa demo Interlok!".

Ahli Parlimen yang baru meninggal kerana kanser pula, hanya setahun menjadi wakil rakyat dan tidak juga bawa sebarang perubahan.

Dengan mengundi Datuk Mah, warga Teluk Intan yakin kemampuan Datuk Mah membantu rakyat kerana ianya telah pun terbukti sebelum ini.

Berikut video maniesto beliau;



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??